SALAH PILIH SELUAR DALAM BOLEH BAWA MUDARAT

Pakai seluar dalam yang tak sesuai dengan gaya hidup boleh bagi kesan yang besar kepada kesihatan anggota ‘di bawah sana’

Ada 8 kesilapan seluar dalam yang anda kena ambil tahu :-

1. Pakai seluar dalam terlalu ketat.

Seluar dalam yang terlalu ketat boleh bagi rasa gatal pada kulit dan juga boleh bagi jangkitan yang anda tidak mahu.

Apabila terlalu ketat, kulit tidak dapat bernafas dengan baik dan boleh buat rasa basah yang menyebabkan membiaknya bakteria jahat.

2. Seluar dalam ikut shape badan “Shapewear”

Bukan je susah nak ditanggalkan masa buang air.

Tapi kita akan banyak habiskan masa hanya untuk menanggalkan dan memakainya semula yang kadang-kadang boleh menyebabkan air kencing menitis sedikit atas seluar dalam.

Air kencing yang menitis dan tinggalkan kesan di seluar dalam boleh buat anda rasa gatal dan jangkitan sebab bakteria jahat mudah membiak.

3. Diperbuat daripada sutera atau fabrik sintetik

Material jenis sutera dan sintetik adalah salah satu jenis fabrik yang tidak bernafas atau udara susah nak lalu.

Ciri fabrik yang macam ni boleh meningkatkan risiko kelembapan terperangkap yang boleh membuat yis atau jangkitan bakteria. Oleh itu jika ada sedikit pelapik kain kapas pada bahagian bawah, anda selamat!

4. Thongs

Thongs boleh sebabkan yis dan pembiakan bakteria pada faraj.

Lebih mudah E-coli merebak dari bahagian belakang ke depan terutama selepas membuang air besar. Kerana Thong boleh hubungkan faraj dan vulval

5. Jarang menukar seluar dalam

Jika anda seorang yang mudah berpeluh, anda digalakkan untuk kerap menukar seluar dalam sekurang-kurangnya 2 kali sehari sebab berpeluh boleh menyebabkan yis dan tempat membiaknya bakteria.

Jika anda mengalami masalah lemah pundi kencing hingga asyik-asyik nak ke tandas dan selalu terkeluar tanpa sengaja walau setitik atau 2 titik, kena selalu tukar seluar dalam atau setidak-tidaknya pakai pantyliners yang senang ditukar.

Selain kekotoran tu tak melekat pada seluar dalam.

Oleh itu, pilihan seluar dalam bukan sekadar cantik tetapi juga harus sesuai dengan keadaan dan rasa selesa bila anda memakainya.

 

#SweetnCozy
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh