Tips Memandikan Bayi

Ibu bapa muda kadang-kadang jadi panik dan tak tahu cara yang betul untuk memandikan bayi .
Disini ada beberapa tips untuk memandikan buah hati anda

0-3 Minggu

Baringkan bayi di atas lapik kain yang lembut. Ambil sebesen air suam dan rendamkan kain lembut. Perahkan kain dan lap perlahan muka bayi, di belakang telinga dan bawah dagu.
Kemudian lapkan dada, lengan , tangan dan kaki dan akhir sekali bahagian belakang bayi.
Untuk bahagian kelopak mata boleh gunakan kapas yang di basahkan

4++ Minggu
Selepas 3 minggu atau tali pusat dah tanggal mula mandikan di dalam tab baby.
Letakkan air suam anggaran tinggi 2 ”

+ Pastikan bayi tidak terlalu lapar atau terlalu penat supaya bayi seronok semasa mandi
+ Pastikan anda tidak mengejar masa
+ Ada bersama pasangan atau keluarga untuk membantu