Wet Bag bukan hanya untuk pad kain
Wet bag ialah bag yang ada lapisan kalis basah di bahagian dalam.
Pada asalnya wet bag di gunakan untuk menyimpan pad kain yang dah di pakai, semasa berada di pejabat atau di luar rumah.
Tetapi sebenarnya Wet Bag boleh di gunakan untuk pelbagai cara.
Wet Bag untuk menyimpan Kosmetik
Simpan kosmetik, kelengkapan diri seperti losyen dan pencuci muka di dalam Wet bag semasa pergi bercuti. Jika tertumpah hanya basah di bahagian dalam wet bag saja
Wet Bag untuk menyimpan Nursing Pad
Sesuai untuk mommies simpan Nursing Pad yang dah di gunakan dan basah. Saiz nya yang comel senang di bawa dan boleh di simpan di dalam handbag
Wet Bag untuk menyimpan Keperluan Bayi
Nak keluar bersama bayi banyak benda nak di bawa. Daripada lampin, makanan, sampai lah minyak bayi dan krim. Simpan cloth wipes dan keperluan bayi yang lain didalam wetbag supaya senang untuk di cari dan tak perlu risau kalau tertumpah.
Wet Bag untuk menyimpan apa saja
Sebenarnya boleh je nak simpan apa-apa cuma kelebihannya ada lapisan kalis basah.
Ada yang simpan barang jahitan, sebagai bag duit, dan apa2 saja yang anda suka.
#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh