MANGGA BAIK UNTUK IBU MENGANDUNG
Selalunya wanita yang mengandung mengidam buah mangga. Rasa mangga yang lemak , manis dan sedikit macam boleh mengurangkan rasa loya si ibu.
Buah mangga kaya dengan Vitamin C. Ia bagus untuk mengawal pencernaan anda dan mengurangkan risiko sembelit
Selain daripada itu mangga juga mengandungi banyak khasiat seperti Vitamin A, Serat, Vitamin B6, Kalium, Iron dan juga Folat.
Folate memainkan peranan penting semasa mengandung dan doktor anda mungkin telah memberikan anda pada suplemen folat.
• Kekurangan folate boleh menyebabkan kecacatan otak dan tulang belakang pada bayi.
• Ia amat penting untuk mempunyai jumlah folat yang mencukupi semasa mengandung.
• Folat membantu pembentukan sel darah merah dan DNA.
• Ia juga membantu dalam berfungsi sistem jantung.
Kulit mangga pula di percayai sangat berkhasiat.
Ia kaya dengan mangiferin, norathyriol, resveratrol, and quercetin iaitu anti oksidan yang membantu sebagai ejen anti penuaan, dan mencegah kanser.
Ia juga di percayai dapat membantu mengurangkan kadar gula dalam darah, kolesterol dan dapat menurunkan berat badan.
Jadi kalau nak makan kulit mangga pastikan mangga yang organik ya atau tanam sendiri pokok mangga. Takut pulak ada banyak bahan kimia .
#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh