INGINKAN RAMBUT LEBAT, HITAM DAN BERKILAU

 
 
Setiap wanita nak kan rambut yang lebat, hitam dan berkilau.
Tapi ramai yang mengalami masalah rambut gugur.
 
Antara sebab-sebab yang menjadi punca rambut tidak sihat dan gugur ialah :
1. faktor usia
2. Pemakanan yang tidak sihat dan kekurangan vitamin, mineral dan protin
3. Sistem imun yang lemah
4. Hormon tidak seimbang
5. Penggunaan produk penjagaan rambut yangtidak betul
6. Stress
7. Kekurangan berat badan yang mengejut
8. PCOS
.
.
.
DAUN KARI PELEBAT RAMBUT NATURAL
 
Bahan-bahan
– Segenggam daun kari segar
– 1/2 cawan minyak kelapa
 
1. Masukkan daun kari ke dalam minyak kelapa dan panaskan sehingga daun membentuk sisa hitam. Berhati-hatilah semasa berbuat demikian kerana daun boleh meletup-letup.
 
2. Selepas daun menjadi hitam tutupkan api. Biarkan ia sejuk dan tapiskan minyak.
 
3. Sapukan minyak ke kulit kepala dan rambut dan urut kulit kepala selama beberapa minit.
 
4. Biarkan selama sejam dan bilas rambut anda seperti biasa.
Ulang 2 kali seminggu dan lihat hasilnya.
.
.
 
Daun kari menggalakkan pertumbuhan rambut dan mengelakkan rambut beruban. Ia kaya dengan fosforus, besi, kalsium, vitamin A, dan vitamin C
 
 
Selamat mencuba.
Pucuk daun kari juga sedap di buat ulam dan banyak khasiatnya.
 
#SweetnCozy
#TipsQoutes
#PadKain
#ClothPad
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain