KANSER SERVIKS
KementerianKesihatan Malaysia melaporkan antara 2,000 hingga 3,000 kes kemasukan ke hospital bagi kes kanser serviks setiap tahun.
Laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2007-2011 melaporkan kanser serviks ada kanser ketiga yang kerap berlaku pada wanita Malaysia.
Pada peringkat awal, ia biasanya tidak ada sebarang tanda.
Sebenarnya kanser servik ini boleh di rawat sepenuhnya jika dapat di kesan di peringkat awal.
Tetapi kebiasaanya wanita hanya mendapat kan rawatan selepas mendapat tanda-tanda seperti perdarah atau keputihan yang tidak normal dan pada peringkat ini sudah di tahap serius.
Tanda-tanda kanser seviks.
1. Pendarahan yang tidak normal berlaku keluar dari vagina
Pendarahan yang tidak normal semasa period seperti darah yang terlalu banyak semasa period atau tempoh period yang terlalu panjang.
Pendarahan selepas melakukan hubungan dan selapas menopaus juga tanda pendarahan yang tidak normal.
Ia mungkin disebabkan ada kapilari baru yang tidak normal pecah dan menyebabkan pendarahan.
2. Keputihan luar biasa dari vagina
Keputihan yang dianggap luar biasa seperti berwarna coklat dan bercampur dengan darah.
Atau keputihan yang terlampau banyak dan berbau mungkin tanda-tanda ada mengihapi kanser.
3. Sakit semasa bersama suami
Merasa sakit ketika bersama suami juga salah satu tanda kanser serviks. Kemungkinan kanser ini telah merebak ke seluruh tisu-tisu dan organ pembiakan. Dapatkan rawatan doktor secepat mungkin.
Ini adalah sebahagian daripada tanda-tanda kanser servik.
Dapatkan pemeriksaan PAP SMEAR setiap 3 tahun untuk pencegahan dan rawatan di peringkat awal.
Please Like & Share
Moga beri manfaat dan beri kesedaran tentang kesihatan wanita
#SweetnCozy
#TipsQoutes
#PadKain
#ClothPadMalaysia
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
