Tips Menyimpan Alat Kosmetik Semasa Bercuti

Cuti sekolah dah nak bermula. Dan mesti semua dah ada plan untuk pergi bercuti.
Antara yang di bawa bersama ialah make up kan sebab nanti nak cantik masa “berselfie”, betul tak?
Kalau  tak simpan dengan cara yang betul macam-macam boleh jadi, tertumpah la pecah la…

Ini antara tip mudah untuk menyimpan alat kosmetik :

  1. Asingkan alat kosmetik yang selalu di gunakan ke dalam bag kecil supaya mudah dia ambil dan di simpan di dalam handbag.
  2.  Letak kan pad kapas pada “eye shadow” atau “blusher” untuk elakkan menjadi retak.
  3.  Kosmetik dalam bentuk cecair seperti “Toner” boleh di bungkus dengan “plastic wrap” untuk elakkan tertumpah.
  4.  Elakkan lembapan kerana boleh menyebabkan kulat dan toksin boleh masuk ke alat kosmetik.
  5. Simpan kosmetik pada suhu bilik jika terlalu panas ia boleh cair. 

     

    Mini Wet Bag bukan hanya untuk menyimpan Pad Kain tetapi juga boleh digunakan untuk simpan kosmetik kerana ada lapisan anti bocor dan comel untuk di simpan di dalam handbag.

    Selamat bercuti!