RAYA NI PAKAI JUBAH SENANG!

RAYA NI PAKAI JUBAH SENANG!
TAK YAH ORANG TEGUR PERUT, ADA YANG USAP2 PERUT TAHNIAH LAGI!
.
.
KELAM KABUT NAK CARI TOILET
ADOI PAKAI GIRDLE NI SUSAH LA PULAK

================================================
.
.
Eh susah la nak gi beraya kalau macam tu. Tapi kalau tak pakai nanti orang dok tegur perut pulak buat sentap jer.
.
.
.
Dah lebih daripada 1500pcs Cotton Panties SweetnCozy terjual! Ramai yang dah puas hati dan cakap #SELESA #PERUTSLIM dan #BERKUALITI
.
.
Tak caya dengan pakai panties je pun boleh nampak slim?
Betul! Ramai yang dah repeat order tau dan kita dan restok banyak kali.
.
.
.

“NAMPAK PERUT KEMPIS.
BIASANYA PAKAI DRESS MACAM NI KENA SEDUT PERUT KAW2.
HARI NI TAK PAYAH 😂”
– Ms Melisa, Klang
.

“YE SIS DAH PKAI.
ALHAMDULILLAH OK.
SELESA PAKAI. PERUT NAMPAK KEMPIS HEHE..”
– Ms Mazzura , Petaling Jaya
.
.

“ALHAMDULILLAH
RASA MACAM FLAT JE PERUT TU
SUSAH NAK CARI PANTIES COTTON YANG SELESA
LEPAS PAKAI DAN BASUH KAIN TU STILL MAINTAIN TAKDE LA MENGELEBEH..”
– Ms Maslina, Ampang
.
.

“COTTON PANTIES XL BEST! SELESA SANGAT.”
– Ms Hidayah, Johor
.
.
Ada 3 pilihan saiz XL, 3XL, dan 4XL
dan setiap set ada 3 helai.

.
.

Klik untuk harga : http://bit.ly/PantiesSlim
Wasap : http://PantiesSLIM.wasap.my
.

SELAMAT HARI RAYA!

5 MAKANAN YANG PERLU ANDA ELAKKAN SEMASA MENGANDUNG

 
Semasa mengandung banyak yang perlu di ambil berat terutamanya apa yang anda makan.
Mungkin ia tidak menganggu kesihatan anda tetapi lebih peting ia mungkin boleh mengganggu perkembangan bayi anda.
.
.
 
1.Kopi
Kopi yang belebihan boleh meningkatkan risiko untuk keguguran
.
.
 
2. Telur separuh masak
Kuning telur yang tidak betul-betul di masak mengandungi bacteria yang boleh membahayakan bayi anda
.
.
 
3. Ikan Tuna
Ikan tuna selalunya mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Merkuri boleh menganggu perkembangan paru-paru, penglihatan dan pendengaran bayi anda
.
.
 
4.Saccharine Pemanis tiruan
Saccharine terdapat di dalam pemanis tiruan yang mengantikan gula. Bahan ini dipercayai boleh terus di serap ke dalam plasenta.
.
.
 
5. Makanan Pedas
Makanan pedas tidak membahayakan kandungan anda tapi boleh menyebabkan si ibu ‘heart burn”
.
.
.
#SweetnCozy
#TipsQoutes
#PadKain
#ClothPad
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain

PENDARAHAN SEMASA MENGANDUNG


.
.

Pendarahan di awal fasa mengandung mungkin tidak merbahaya dan anggaran 20% wanita mengalaminya. Ia di sebabkan oleh “implantation bleeding”.

Proses pendarahan ini boleh berlaku apabila telur yang disenyawakan mula menempel pada bahagian dinding rahim.

Tetapi ada beberapa sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahan dan perlu berjumpa dengan doktor

1. Keguguran
Mungkin mereka tak sedar meraka sedang mengandung dan mengambil makanan supliment atau jamu yang tidak sesuai untuk orang yg mengandung

2. Mengandung Luar Rahim
Mengandung luar rahim atau ektopik berlaku bila embrio menepel pada bahagian luar rahim. Ia merbahaya jika tidak dapat di kesan di peringkat awal dan boleh boleh menyebabkan tiub Fallopio rosak dan mengancam nyawa si ibu

3. Plasenta Tertanggal
Plasenta tertanggal atau ‘plasenta abruption’ boleh menyebabkan pendarahan yang serius terutamanya jika berlaku pada akhir usia kehamilan.
Namun, kebarangkalian untuk mengalaminya adalah 1% sahaja.

#SweetnCozy
#TipsQoutes
#PadKain
#ClothPad
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain

Pad Kain atau Pakai Buang

Anda wanita yang bekerja?
Dan pakai Pantyliner setiap hari.
 
Anda ada masalah keputihan?
Tak selesa dan waswas nak sembahyang.
 
Anda ada masalah terkucil?
Kerana mengandung atau batuk yang berpanjangan.
 
.
Senang je dengan Pantyliner SweetnCozy.
Hanya lipat, butangkan dan simpan di dalam handbag.
Tukar bila dah tak selesa atau perlu.
 
Pantyliner kain boleh di guna pakai antara 5 – 10 tahun
Lebih selesa, senang di basuh dan tak ada bahan kimia.
 
Pilihan di tangan anda
Jadi buatlah pilihan yang bijak
.
.
.
.
#SweetnCozy
#PadKain
#ClothPad
#PadKainModen
#ClothPadMalaysia

APAKAH PERBEZAAN “SPOTTING” DAN PERIOD?

 
Spotting ialah pendarahan yang sangat sikit sama seperti di awal atau di hari-hari akhir period dan tidak memerlukan pad.
Ia mungkin berwarna merah, merah cair atau cokelat dan belaku selepas kitaran haid anda
Spotting juga tidak mempunyai sembarang tanda seperti PMS.
 
Spotting boleh terjadi oleh beberapa sebab antaranya
 
1. Mengandung
2. Pil perancang kehamilan
3. Polycystic ovary syndrome (PCOS)
4. Jangkitan kuman
5. Peralihan fasa menopos
6. Fibroids atau cervical polyps
7. Ovulasi
 
Sila dapatkan nasihat doktor jika anda mengalami spotting yang berpanjangan atau merasa sakit
 
 
#SweetnCozy
#TipsQoutes
#PadKain
#ClothPad
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain

DIET UNTUK WANITA PCOS

 
Wanita PCOS selalunya mempunyai insulin yang lebih tinggi.
Insulin membantu sel-sel dalam badanmengubah gula menjadi tenaga.
Pesakit PCOS mempunyai masalah ‘Insulin Resistan’ di mana sel-sel di dalam badannya tidak respon dengan baik kepada hormon insulin.
.
.
Ini mengakibatkan hormon insulin menjadi tinggi di dalam darah dan menyebabkan hormon lelaki testosteron turut meningkat.
 
Hormon yang tidak seimbang akan menganggu ovulasi dan menyebabkan susah untuk mengandung.
Insulin yang tinggi boleh meningkatkan lagi risiko keguguran.
Oleh itu, diet untuk PCOS bertujuan untuk menurunkan paras insulin dan juga mengembalikan keseimbangan hormon-hormon di dalam badan.
 
 
1. Low GI diet
GI rendah: Kurang dari 55
GI sederhana: 56 – 69
GI tinggi ≥70
.
.
 
2. Makan 5 kali sehari
Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi lebih kerap
Ini ialah untuk memastikan paras gula di dalam darah tidak naik dan turun seperti ‘yo-yo’ tetapi stabil sepanjang hari. Ianya juga adalah untuk mengelakkan dari ‘binge eating’ apabila anda kelaparan.
.
.
 
 
#SweetnCozy
#TipsQoutes
#PadKain
#ClothPad
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain

SINDROM OVARIUM POLIKISTIK (PCOS)

 
50% wanita tidak sedar yang mereka mengalami gejala PCOS
50% wanita PCOS mengalami diabetes
Wanita PCOS 3 x ganda berisiko mendapat kanser endometrial
.
.
 
PCOS menjejaskan sistem ovari wanita, iaitu organ pembiakan yang menghasilkan estrogen dan progesteron – hormon yang mengawal kitaran haid. Ovari juga menghasilkan sejumlah kecil hormon lelaki yang dipanggil androgen.
PCOS adalah gejala yang disebabkan oleh androgen yang meningkat (hormon lelaki) pada wanita.
 
Punca yang menyebabkan gejala PCOS masih belum di kenal pasti. Tetapi ada beberapa faktor yang menyebabkan gejala ini seperti genetic keturununan, insulin yangberlebihan di dalam darah dan juga keradangan di dalam badan.
.
.
 
APAKAH TANDA – TANDA PCOS
 
 
1. Kitaran period yang tidak teratur
Kekurangan ovulasi menyebabkan pesakit PCOS tidak mengalami period setiap bulan. Ada yang mengalami kurang daripada 8 kali period setahun.
.
 
2. Aliran darah period yang berlebihan
Disebabkan kitaran period yang lebih lama menyebabkan aliran darah period lebih heavy daripada normal.
.
 
3. Bulu muka yang berlebihan
+- 70% wanita PCOS mempunyai rambut atau bulu yang berlebihan di muka dan badan atau di panggil hirsutism.
.
 
4. Berlebihan berat badan.
80% wanita PCOS mengalami berat badan yang berlebihan.
.
 
5. Kulit gelap
Kulit di bahagian pelipat seperti leher, pangkal peha dan bawah payudara menjadi gelap.
.
 
6. Sakit kepala
Perubahan hormon boleh menyebabkan sakit kepala pada sesetengah wanita.
.
 
7. Keguguran rambut
Mengalami rambut menipis dan gugur.
 
 
 
#SweetnCozy
#TipsQoutes
#PadKain
#ClothPad
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain

Wanita merokok berisiko mendapat Kanser Payudara

 

Wanita yang merokok hanya 100 BATANG ROKOK dalam SEUMUR HIDUP adalah 30% lebih berisiko mendapat KANSER PAYUDARA
 
 
– Wanita yang merokok satu pek sehari adalah 60% lebih berisiko untuk mendapatkan Kanser payudara
 
– Hubungan antara merokok dan kanser boleh disebabkan oleh bahan-bahan dalam rokok yang bertindak seperti estrogen – yang menggalakkan pertumbuhan kanser.
 
Bukan hanya kanser payudara, merokok juga antara punca kanser servik.
 
Jadi berhati-hati, dan pilihlah cara hidup yang lebih sihat.
 
 
#SweetnCozy
#TipsQoutes
#PadKain
#ClothPadMalaysia
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain

MAKANAN HARIAN PUNCA HORMON TIDAK SEIMBANG

 
Keseimbangan hormon penting kepada kesihatan kita dan bebas daripada risiko kanser . Perubahan turun naik hormon berlaku secara semulajadi, seperti akil baligh, menopaus dan perimenopause.
 
Ketidakseimbangan hormon juga boleh disebabkan oleh toksin atau gaya hidup yang tidak seimbang. Ia mungkin berpunca daripada makanan seharian kita.
 
Roti
Roti putih antara salah satu punca hormon anda tak seimbang. Roti putih mengandungi gluten dan gula yang meningkatkan keradangan di dalam badan .
Keradangan dalam badan menyebabkan stress pada kelenjar adrenal dan menyebabkan hormon kurang dihasilkan dan menjadi tidak seimbang.
Roti menyebabkan kembung perut, keletihan dan keguguran rambut.
 
Susu
Susu menyebabkan meningkatnya kandungan insulin dalam badan dan meningkatkan kandungan gula dalam darah. Inilah salah satu punca tumbuhnya jerawat. Jerawat berkait rapat dengan perubahan hormon.
Susu lembu juga mengandungi hormon yang menyebabkan “mood swing”
 
Susu menyebabkan masalah sinus, hidung tersumbat berhinggus dan kulit menjadi sensitif.
Kita mungkin fikir roti dan susu adalah sarapan paling sihat tapi mungkin sekarang kita perlu berfikir dua kali.
 
Moga dapat membantu
 
#TipsQoutes
#SweetnCozy
#PadKain
#ClothPadMalaysia
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain

TANDA-TANDA HORMON TIDAK SEIMBANG

 
Adakah anda selalu rasa tak bermaya dan mengantuk?
Susah nak bangun pagi?
Ia mungkin tanda anda menghadapi hormon yang tidak seimbang.
.
.
 
Gejala-gejala hormon tidak seimbang sangat biasa sekarang.
Ia nampak seperti benda yang biasa tetapi sebenarnya tidak.
 
Berikut adalah antara tanda-tanda hormon anda tidak seimbang.
• PMS
• Kegelisahan / kemurungan
• Kesukaran mengekalkan berat badan yang sihat
• Keletihan
• Jerawat
• Masalah penghadaman
• Meningkatkan selera makan (selalunya dalam keinginan gula)
• Masalah tidur
• Kitaran haid tidak teratur
• Libido rendah
• Cepat merasa sensitif atau marah
 
Dengan fahami punca-punca hormon tidak seimbang lagi mudah untuk kita mengatasinya.
 
 
 
#SweetnCozy
#TipsQoutes
#PadKain
#ClothPadMalaysia
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain