LEAKING BREAST ?
“Leaking Breast” atau susu melimpah adalah tanda proses penyusuan berjalan dengan baik. Ia juga dapat membantu mengelakkan payudara menjadi bengkak. Kebiasaanya ia terjadi pada awal penyusuan iaitu beberapa minggu terawal selepas melahirkan bayi atau sehingga beberapa bulan dan ada yang tidak mengalaminya langsung.
Selalunya ia terjadi di waktu pagi semasa penghasilan susu agak tinggi. Kebocoran di sebelah payudara saja terjadi apabila anda sedang menyusukan bayi. Dan di kedua2 belah payudara pula semasa tidak menyusukan.
3 sebab kenapa LEAKING BREAST
- Semasa anda menyusukan bayi
- Terdengar bayi anda sedang menangis atau anda sedang terfikir tentang bayi anda
- Semasa berada di tempat yang agak suam atau panas.
Susu melimpah mungkin membuatkan anda rasa tak selesa terutama semasa bekerja atau di luar. Tapi sebenarnya ia adalah tanda badan anda menghasilkan susu yang banyak untuk si kecil .
Cara mengatasi
- Kerapkan penyusuan atau pump susu
- Gunakan nursing pad
- Bawa jaket dan pakai jika mula perasan susu sudah melimpah