DIET UNTUK WANITA PCOS
Wanita PCOS selalunya mempunyai insulin yang lebih tinggi.
Insulin membantu sel-sel dalam badanmengubah gula menjadi tenaga.
Pesakit PCOS mempunyai masalah ‘Insulin Resistan’ di mana sel-sel di dalam badannya tidak respon dengan baik kepada hormon insulin.
.
.
Ini mengakibatkan hormon insulin menjadi tinggi di dalam darah dan menyebabkan hormon lelaki testosteron turut meningkat.
Hormon yang tidak seimbang akan menganggu ovulasi dan menyebabkan susah untuk mengandung.
Insulin yang tinggi boleh meningkatkan lagi risiko keguguran.
Oleh itu, diet untuk PCOS bertujuan untuk menurunkan paras insulin dan juga mengembalikan keseimbangan hormon-hormon di dalam badan.
1. Low GI diet
GI rendah: Kurang dari 55
GI sederhana: 56 – 69
GI tinggi ≥70
.
.
2. Makan 5 kali sehari
Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi lebih kerap
Ini ialah untuk memastikan paras gula di dalam darah tidak naik dan turun seperti ‘yo-yo’ tetapi stabil sepanjang hari. Ianya juga adalah untuk mengelakkan dari ‘binge eating’ apabila anda kelaparan.
.
.
#SweetnCozy
#TipsQoutes
#PadKain
#ClothPad
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
