Tuala wanita kain boleh basuh
“Tuala Wanita kain? Basuh dan guna semula ?! Ergggh geli!”
Ya, itu mungkin reaksi pertama anda , tetapi bayangkan sumber tuala wanita dan tampon yang anda gunakan sekarang berasal dari tapak pelupusan. Ha! Sekarang baru geli! Selain daripada kesan alam sekitar, terdapat banyak sebab-sebab untuk beralih daripada tuala wanita pakai buang kepada tuala wanita kain boleh basuh.
Kitaran haid adalah satu proses yang sihat dan semula jadi pada badan kita. Ramai di antara kita mempercayai bahawa haid adalah perkara yang memalukan, tidak selesa, kotor dan menjijikkan.
Tuala wanita kain Sweet n Cozy yang selesa tidak mengandungi peluntur , dioksin dan bahan kimia berbahaya yang menyebabkan ruam, kerengsaan dan gatal-gatal. Tuala wanita kain Sweet n Cozy mempunyai beberapa lapisan fabrik istimewa zorb dan bamboo yang mampu menyerap dan lapisan PUL sebagai lapisan kalis bocor sesuai untuk haid dan masalah lemah kawalan kencing yang ringan.
Antara kesan positif daripada penggunaan tuala wanita kain ialah kitaran haid lebih teratur, dapat mengatasi masalah keputihan dan tiada masalah kerengsaan dan gatal-gatal .
Jika dibandingkan harga sekeping tuala wanita pakai buang adalah lebih murah dengan sekeping tuala wanita kain. Anggaran setiap wanita akan membelanjakan RM 20.00 setiap bulan untuk tuala wanita pakai buang. Tetapi jika di kira pada jangka masa panjang :
RM 20.00 sebulan x 12 bulan : RM 240.00 setahun,
dan jika di kira untuk 5 tahun, 10 tahun antara RM 1200.00 – RM 2400.00 di belanjakan hanya untuk bahan buangan.
Tuala Wanita Sweet n Cozy sangat ekonomi kerana boleh dibasuh dan digunapakai sehingga 5 tahun atau lebih dengan penjagaan yang betul.
🚺 Alternatif yang selesa, sihat, menjimatkan dan mesra alam.
