
Cloth Pad untuk Yang Bekerja
Cara memakai Cloth Pad
1) Lipatkan bahagian “wing” ke luar seluar dalam dan butangkan supaya cloth pad tidak bergerak.
2) Di galakkan menukar setiap 3-4 jam mengikut “flow” anda supaya anda sentiasa selesa.
Atau jika anda mempunyai Heavy Flow dan pada kebiasaanya menukar setiap 2 jam, maka tukar setiap 2 jam mengikut kebiasaan.
3) Elakkan seluar dalam yang longgar supaya Cloth Pad tidak bergerak dan mungkin akan kebocoran.
Cara menyimpan Cloth Pad yang kotor semasa waktu bekerja atau di luar.
1) Bilas sedikit atau basahkan pad yang kotor supaya darah tidak menjadi kering dan akan susah di basuh
2) Lipatkan pad dan kemudian simpan didalam wet bag / waterproof bag / plastik bag
3) Cuci seperti biasa di rumah.
Cara mencuci Cloth Pad
1) Ia mudah di cuci kerana material Minky tidak meninggalkan kesan darah. Hanya perlu gonyoh dengan air paip biasa sehingga air bilasan bersih. Jika terdapat kesan darah boleh di rendam dengan air garam atau air sabun. Kemudian basuh seperti biasa dengan tangan atau boleh di basuh dengan mesin basuh.
2) Cloth Pantyliner untuk kegunaan harian (tiada darah) boleh di basuh seperti pakaian biasa.
JANGAN basuh dengan air panas, kerana ia akan melekatkan lagi darah pada kain
JANGAN gunakan peluntur (bleach) Pelembut (Softener)
JANGAN gunakan berus kerana akan memendekan jangka hayat Cloth pad
Ingin mencuba tapi masih tak yakin dan takut bocor?
1) Cubalah pantyliner dahulu atau pun semasa bukan heavy flow.
Atau
2) Jika anda bekerja, pakai cloth pad semasa di rumah atau hujung minggu
3) Jika anda sudah serasi dan yakin pakai lah Cloth Pad seperti biasa
Selamat bertukar pada yang lebih selesa