TER “EKSIDEN” HENDAK KE TANDAS?

 
Terkucil atau masalah kawalan buang air kecil (Incontinence) selalunya terjadi bila seseorang semakin berumur atau mengandung.
 
Wanita yang mengalami masalah ini boleh terkucil bila batuk, bersin, ketawa, bersenam, mengangkat bebanan dan melakukan aktiviti yang berat.
 
Melahirkan anak dan menjalani sesetengah pembedahan boleh melemahkan otot lantai pelvik (otot di bawah pundi kencing) menyebabkan terkucil bila bahagian abdomen mengalami tekanan. Kedaan ini selalunya berlaku pada perempuan yang masih muda.
 
Antara punca punca terkucil ialah :
 
– Setelah melalui bersalin
– Menopaus
– Berat badan berlebihan
– Tahap estrogen rendah
– Pernah menjalani pembedahan pelvik
– Kerap mengandung
 
Senaman Kegel boleh membantu masalah terkucil atau dapatkan nasihat Doktor jika masalah agak serius