TAHUKAH ANDA
TAHUKAH ANDA
Mengikut sejarah wanita telah menggunakan segala-galanya termasuklah kertas, lumut, bulu binatang dan rumput untuk menyerap darah haid.

#1 Tuala Wanita Pakai Kain Perca Lama
Terdapat dalam sebuah catatan bertulis sejak abad ke-10.
Menggunakan perca kain atau baju lama yang dipotong mengikut saiz yang bersesuaian dan dilipat tebal untuk dijadikan pad kain

#2 Diperbuat daripada haiwan seperti bulu Arnab
DIkatakan pada zaman dahulu, Orang Inuit (Eskimo) memakai bulu arnab sebagai media untuk meresap darah haid.

#3 Tuala Wanita daripada rumput kering.
Sementara di Uganda yang dipakai adalah anyaman dari lalang jenis papyrus, yang dibentuk menjadi sebuah bantal kecil .
Ketika zaman peradaban Yunani Kuno mereka menghadapi masalah untuk membuat tuala wanita.
Caranya mereka menggunakan pembalut berupa “bantalan” yang diperbuat daripada lumut, serat sayuran atau rumput.

#4 Kapas
Masih zaman peradaban Yunani Kuno, berbagai macam bahan yang digunakan untuk membuat pembalut wanita, yang disedari ternyata memiliki daya serap tinggi seperti wool, kapas mahupun kertas.
Wanita mulai menggunakannya sebagai bahan yang dimasukan kedalam poket dan diselitkan di antara kedua kaki.