Tips Menjaga Pad Kain Wanita

Macam mana nak pad kain bertahan lama?
Betul ke jangka hayat pad kain boleh tahan dan di pakai lebih daripada 5 tahun?

Ramai yang agak terkejut bila dapat tahu pad kain boleh di pakai basuh selama 5 tahun atau lebih kalau dengan penjagaan yang betul.
Sama juga macam baju kita, kalau kita pandai jaga mesti la boleh bertahan lama kan.

Antara tips penjagaan pad kain adalah semasa mencuci dan menjemur.

1. Jangan gunakan pelembut kain atau softener kerana ia akan menyebabkan pad kain kurang menyerap dan mungkin juga boleh menjadi salah satu sebab anda akan dapat rashers.

2. Jangan guna peluntur kerana akan menghakis fabrik dan jangka hayat pad kain akan menjadi pendek

3. Bilas & cuci Pad Kain dengan menggunakan air paip biasa dan elakkan menggunakan air panas. Air panas akan menyebabkan darah susah untuk di cuci.

4. Kurangkan sabun masa membasuh. Ramai yang gunakan sabun yang berlebihan daripada sepatutnya. Menggunakan lebih sabun tak bermakna ia semakin bersih. Sabun berlebihan akan melekat di fabrik dan menyebabkan pad kain kurang menyerap dan memendekkan jangka hayat pad kain.

5. Jemur di bawah matahari adalah baik berbanding dengan menggunakan dryer.
Matahari juga berfungsi sebagai ejen peluntur semulajadi yang dapat menghilangkan “stain” pada pad kain.

Antara cara menjemur pad kain :

Selitkan pad kain pada “hanger” bulat


Gunakan “hanger” yang ada penyepit di hujungnya
atau gunakan  cara tradisonal dengan sepit dan  tali ampaian

Butangkan pad kain di ampaian dengan bahagian atas menghadap matahari.
Ini kerana matahari berfungsi sebagai ejen peluntur semulajadi
dan dapat membantu menghilangkan “stain”.

 

#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh