RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN

Ramai ibu-ibu lepas bersalin alami masalah rambut gugur. Orang tua-tua kata bila bayi bila dah pandai menyembur air liur jadi sebab rambut ibu gugur.

Hmmm betul ke ya?

Salah satu cara untuk mengatasi masalah rambut gugur ialah dengan menggunakan Aloe Vera atau Lidah Buaya.

Selalunya kita dengar Aloe Vera bagus untuk kulit aja kan.

Aloe Vera berfungsi membantu kulit kepala yang rosak menjadi lebih sihat dan membantu sel rambut.

Aloe Vera  juga membantu membersihkan sebum, minyak di kulit kepala  yang tersumbat folikel dan menghalang rambut daripada tumbuh semula.


CARA-CARA

1. Potong  daun Aloe Vera.  Letakkan  daun Aloe Vera menegak untuk mengeluarkan getah kuning.
2. Bersihkan daun Aloe Vera dan ambil pulpa (isi)
3. Basuhkan rambut  dan gosokkan pulpa Aloe Vera  ke kulit kepala dan urutkan dalam gerakkan bulat
4. Biarkan 15 minit dan bilas dengan air sejuk
5. Buat 3 kali seminggu. Sebaik-baiknya di waktu pagi.

Aloe vera memainkan peranan penting dalam seimbangkan tahap pH kulit kepala dan rambut. Ia dapat meresap jauh ke dalam kulit kepala dan rambut dan dapat menggalakkan pertumbuhan rambut.

Hati-hati dengan getah kuning Aloe Vera kerana ia  mengandungi toksin, dan boleh merengsakan kulit .

#SweetnCozy
#TipsQoutes
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain