CARA MEMILIH SELUAR DALAM YANG BETUL
Memilih seluar dalam yang betul ada lah penting sama seperti memilih baju yang sempurna untuk di pakai.
Tetapi ramai yang anggap ni perkara kecil, asalkan saiz yang betul . OK!
Lagi pun di bahagian dalam bukan ada orang nampak pun.
Ada banyak jenis seluar dalam di pasaran seperti BIKINI, HIPHUGGER, THONG, BOY SHORTS dan BRIEFS.
Antara 5 jenis ini potongan seluar dalam BRIEFS yang paling selesa dan biasa di pakai oleh wanita dan pada semua peringkat umur.
Ia kerana jenis meliputi kawasa belankang dan sesuai dengan banyak jenis bentuk badan.
Memilih jenis fabrik yang betul juga penting.
Pilih la fabrik kapas atau bamboo kerana fabrik ini lembut dan menyerap peluh. Sesuai dengan cuaca di tempat kita.
Fabrik kapas dan bamboo juga sangat “breathable’.
Ini bermakna tiada kelembapan terperangkap dan boleh mengelakkan masalah jangkitan bakteria dan yis.
Ukur bahagian pinggang dan pinggul.
Pastikan saiz seluar dalam sesuai dengan saiz badan.
Jangan pakai terlalu ketat.
Jika memakai seluar dalam yang terlalu ketat akan merengsakan kuli dan melecet kerana tergeser.
Ia juga menyebabkan kulit berpeluh.
Seluar dalam yang ketat juga akan menampak benjolan lemak yang tak sedap di pandang.
Terima kasih kerana LIKE & SHARE ![]()
