MAKANAN HARIAN PUNCA HORMON TIDAK SEIMBANG

 
Keseimbangan hormon penting kepada kesihatan kita dan bebas daripada risiko kanser . Perubahan turun naik hormon berlaku secara semulajadi, seperti akil baligh, menopaus dan perimenopause.
 
Ketidakseimbangan hormon juga boleh disebabkan oleh toksin atau gaya hidup yang tidak seimbang. Ia mungkin berpunca daripada makanan seharian kita.
 
Roti
Roti putih antara salah satu punca hormon anda tak seimbang. Roti putih mengandungi gluten dan gula yang meningkatkan keradangan di dalam badan .
Keradangan dalam badan menyebabkan stress pada kelenjar adrenal dan menyebabkan hormon kurang dihasilkan dan menjadi tidak seimbang.
Roti menyebabkan kembung perut, keletihan dan keguguran rambut.
 
Susu
Susu menyebabkan meningkatnya kandungan insulin dalam badan dan meningkatkan kandungan gula dalam darah. Inilah salah satu punca tumbuhnya jerawat. Jerawat berkait rapat dengan perubahan hormon.
Susu lembu juga mengandungi hormon yang menyebabkan “mood swing”
 
Susu menyebabkan masalah sinus, hidung tersumbat berhinggus dan kulit menjadi sensitif.
Kita mungkin fikir roti dan susu adalah sarapan paling sihat tapi mungkin sekarang kita perlu berfikir dua kali.
 
Moga dapat membantu
 
#TipsQoutes
#SweetnCozy
#PadKain
#ClothPadMalaysia
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain