PILIH SAIZ PANTIES YANG BETUL

 
Pilih panties yang betul sama penting macam pilih baju yang cantik bila di pakai.
 
Jangan pakai panties yang terlalu ketat. Ukur betul-betul saiz pinggang dan pinggul. Dan mungkin lain jenis panties lain ukuran walaupun saiz yang sama.
 
Kalau panties terlalu ketat bukan saja tak selesa tapi akan menyebabkan kulit bergesel dan melecet dan juga akan berpeluh kerana takde peredaran udara.
 
Selain daripada saiz, jenis potongan panties juga penting.
Kalau pakai panties ketat dan potongan yang rendah hmmm semua spare tyre akan keluar menjelma la.
Nak selamat pilih panties dengan potongan penuh / tinggi.
 
 
Pilih kain jenis Cotton atau Bamboo yang lebih breathable dan menyerap peluh sesuai dengan cuaca di tempat kita.
 
 
Jadi lepas ni simpan tali tape untuk ukur pinggang dan pinggul ya. Takde la tersalah saiz lagi
 
 
.