PERIOD DAN RUAM
Mereka yang berkulit sensitif akan mudah mendapat ruam atau melecet semasa period.
Antara sebabnya ialah alah pada pad pakai buang.
Bayangkan anda memakai seluar plastik sepanjang hari.
Hmmmmmm…. mesti panas tak selesa.
.
.
5 tip untuk mereka yang berkulit sensitif dan selalu mendapat ruam dan melecet.
1. JANGAN BASUH DENGAN SABUN
Membasuh dengan sabun akan burukkan lagi keadaan kerana bahan dalam sabun akan mengeringkan lagi kulit dan ruam akan menjadi lagi teruk.
2. BASUH DENGAN AIR SUAM
Basuh bahagian yang kena ruam dengan berhati-hati dengan air suam & lap kering.
3. GUNA TISU BASAH
Gunakan tisu basah atau kapas tanpa alkohol atau tanpa wangian semasa di luar.
4. KERAP TUKAR PAD
Kerap menukar pad supaya anda kekal bersih dan kering.
5. PAD KAIN
Pad kain lebih lembut dan “breathable”
*Boleh gunakan ubat di farmasi atau jika tidak ada perubahan segera dapatkan rawatan doktor.