Susah Pakai Pad Kain Sama Macam Orang Dulu – dulu
Ada yang mengatakan pakai pad kain sama macam orang dulu-dulu, pakai lipatan kain batik, bocor dan susah nak kena basuh, kan lebih senang pakai dan buang.
Ya, memang betul pad kain sama macam orang dulu-dulu. Ia sama dari segi bebas bahan kimia, bebas daripada kerengsaan dan lebih ‘breathable’.
Perbezaanya pula ialah Pad Kain SweetnCozy lebih senang dipakai kerana bentuknya yang sama dengan pad biasa, hanya butangkan dibahagian ‘wing’ pad kain dan juga ada lapisan anti kebocoran.
Kain yang digunakan juga sangat lembut pada kulit dan senang dibasuh.
Dengan Pad Kain SweetnCozy lebih selesa, tidak perlu risau kebocoran, senang dibasuh dan boleh dipakai-basuh sehingga 5 tahun.