Berapa Kerap Perlu Bertukar?

Berapa kerap perlu menukar cloth pad adalah berbeza-beza mengikut individu kerana setiap orang mempunyai aliran (flow) yang berbeza. Tapi kami sarankan bertukarlah setiap 3-4 jam, atau jika kebiasaannya bertukar setiap 2 jam, maka tukarlah setiap 2 jam, Ikut pada keselesaan dan juga flow.

Jika anda kerap menukar cloth pad, anda akan sentiasa berada dalam keadaan bersih dan ini akan mengurangkan risiko berbau, keputihan, “irritation”


Anda tak perlu risau tentang “KOS” setiap kali anda menukar Cloth Pad. Seronok kan.
Jom bertukar pada yang lebih selesa dan ekonomi.

Click : Cloth Pad

Facebook : SweetnCozy
Instagram : clothpad_sweetncozy
www.sweetncozy.com.my
WhatsApp 017-3330966

Maternity Cloth Pad

 

Pad kain ini bukan hanya sesuai untuk wanita lepas bersalin tetapi juga sesuai untuk yang mempunyai Super Heavy Flow.
Setiap pad kain Maternity mengandungi lapisan : .

🔸Top / Bersentuhan dengan kulit
Material Minky sangat lembut dan mudah di cuci serta tidak meninggalkan “stain”

🔸Serapan
Lapisan Ekstra sesuai untuk Super Heavy Flow, iaitu 2keping Bamboo Fleece dan 1 keping Zorb.

🔸Kalis Bocor
Bocor? Tidak perlu risau kerana terdapat Lapisan PUL sebagai Kalis Bocor

🔸Back
Kami sediakan pilihan corak-corak yang menarik dari kain cotton. Mungkin bukan setakat corak nya menarik tetapi mungkin ada yang tak tahu ia adalah pad semasa di jemuran 😉

Minky Maternity Cloth Pad

 

CP-maternity new2

Merah

Siapa Suka Merah?
Warna Merah melambangkan energi, kekuatan, hasrat, erotisme, keberanian dan bersemangat
Hi orang merah… Semangat Tak Hari Ni? SAY YEY!

Adakah anda tahu tentang pad pakai buang?

Memakai pad pakai buang untuk jangka masa yang panjang boleh menjadi sangat berbahaya kerana  ia diperbuat daripada bahan sintetik yang menghalang kelembapan dan suhu. Ini  mengakibatkan pertumbuhan yis dan bakteria.

Jika anda tidak menukar pad atau tampon anda dalam 4 jam, ia juga boleh menyebabkan Sindrom Kejutan Toksik kerana petumbuhan bakteria staphylococcus aureus yg terlalu cepat  dalam faraj. Dalam kes yang teruk ia  boleh membawa kepada kematian.

Kajian terbaru menunjukkan  tampon , tuala wanita dan Feminine wash yang mengandungi wangian (Scented) tidak membantu menghilangkan  bau yang tidak menyenangkan, tetapi sebaliknya ia menyebabkan bau yang lebih teruk lagi. Campuran darah dan wangian  tidak akan membantu menghilangkan bau  bahkan akan menyebabkan kerengsaan kemerahan dan gatal-gatal, yang membawa kepada jangkitan yis.

Oleh kerana ia adalah kawasan yang gelap, panas, dan lembap, risiko untuk pertumbuhan bakteria yis adalah hampir dua kali ganda daripada biasa.

Sumber :
http://www.everythingwithinn.com/are-you-sure-about-sanitary-pads/
http://www.onlymyhealth.com/health-slideshow/shocking-facts-you-didnot-know-about-tampons-and-ultra-thin-sanitary-pads-1446813011.html

Tuala wanita kain boleh basuh

“Tuala Wanita kain? Basuh dan guna semula ?! Ergggh geli!”

Ya, itu mungkin reaksi pertama anda , tetapi bayangkan sumber tuala wanita dan tampon yang anda gunakan sekarang berasal dari tapak pelupusan. Ha! Sekarang baru geli! Selain daripada kesan alam sekitar, terdapat banyak sebab-sebab untuk beralih daripada tuala wanita pakai buang kepada tuala wanita kain boleh basuh.

Kitaran haid adalah satu proses yang sihat dan semula jadi pada badan kita. Ramai di antara kita mempercayai bahawa haid adalah perkara yang memalukan, tidak selesa, kotor dan menjijikkan.

Tuala wanita kain Sweet n Cozy yang selesa tidak mengandungi peluntur , dioksin dan bahan kimia berbahaya yang menyebabkan ruam, kerengsaan dan gatal-gatal. Tuala wanita kain Sweet n Cozy mempunyai beberapa lapisan fabrik istimewa zorb dan bamboo yang mampu menyerap dan lapisan PUL sebagai lapisan kalis bocor sesuai untuk haid dan masalah lemah kawalan kencing yang ringan.

 

zorb

 

Antara kesan positif daripada penggunaan tuala wanita kain ialah kitaran haid lebih teratur, dapat mengatasi masalah keputihan dan tiada masalah kerengsaan dan gatal-gatal .

Jika dibandingkan harga sekeping tuala wanita pakai buang adalah lebih murah dengan sekeping tuala wanita kain. Anggaran setiap wanita akan membelanjakan RM 20.00 setiap bulan untuk tuala wanita pakai buang. Tetapi jika di kira pada jangka masa panjang :
RM 20.00 sebulan x 12 bulan : RM 240.00 setahun,
dan jika di kira untuk 5 tahun, 10 tahun antara RM 1200.00 – RM 2400.00 di belanjakan hanya untuk bahan buangan.

Tuala Wanita Sweet n Cozy sangat ekonomi kerana boleh dibasuh dan digunapakai sehingga 5 tahun atau lebih dengan penjagaan yang betul.

🚺 Alternatif yang selesa, sihat, menjimatkan dan mesra alam.