Pendarahan di awal fasa mengandung mungkin tidak merbahaya dan anggaran 20% wanita mengalaminya. Ia di sebabkan oleh “implantation bleeding”.
Proses pendarahan ini boleh berlaku apabila telur yang disenyawakan mula menempel pada bahagian dinding rahim.
Tetapi ada beberapa sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahan dan perlu berjumpa dengan doktor
1. Keguguran
Mungkin mereka tak sedar meraka sedang mengandung dan mengambil makanan supliment atau jamu yang tidak sesuai untuk orang yg mengandung
2. Mengandung Luar Rahim
Mengandung luar rahim atau ektopik berlaku bila embrio menepel pada bahagian luar rahim. Ia merbahaya jika tidak dapat di kesan di peringkat awal dan boleh boleh menyebabkan tiub Fallopio rosak dan mengancam nyawa si ibu
3. Plasenta Tertanggal
Plasenta tertanggal atau ‘plasenta abruption’ boleh menyebabkan pendarahan yang serius terutamanya jika berlaku pada akhir usia kehamilan.
Namun, kebarangkalian untuk mengalaminya adalah 1% sahaja.
Wanita PCOS selalunya mempunyai insulin yang lebih tinggi.
Insulin membantu sel-sel dalam badanmengubah gula menjadi tenaga.
Pesakit PCOS mempunyai masalah ‘Insulin Resistan’ di mana sel-sel di dalam badannya tidak respon dengan baik kepada hormon insulin.
.
.
Ini mengakibatkan hormon insulin menjadi tinggi di dalam darah dan menyebabkan hormon lelaki testosteron turut meningkat.
Hormon yang tidak seimbang akan menganggu ovulasi dan menyebabkan susah untuk mengandung.
Insulin yang tinggi boleh meningkatkan lagi risiko keguguran.
Oleh itu, diet untuk PCOS bertujuan untuk menurunkan paras insulin dan juga mengembalikan keseimbangan hormon-hormon di dalam badan.
1. Low GI diet
GI rendah: Kurang dari 55
GI sederhana: 56 – 69
GI tinggi ≥70
.
.
2. Makan 5 kali sehari
Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi lebih kerap
Ini ialah untuk memastikan paras gula di dalam darah tidak naik dan turun seperti ‘yo-yo’ tetapi stabil sepanjang hari. Ianya juga adalah untuk mengelakkan dari ‘binge eating’ apabila anda kelaparan.
50% wanita tidak sedar yang mereka mengalami gejala PCOS
50% wanita PCOS mengalami diabetes
Wanita PCOS 3 x ganda berisiko mendapat kanser endometrial
.
.
PCOS menjejaskan sistem ovari wanita, iaitu organ pembiakan yang menghasilkan estrogen dan progesteron – hormon yang mengawal kitaran haid. Ovari juga menghasilkan sejumlah kecil hormon lelaki yang dipanggil androgen.
PCOS adalah gejala yang disebabkan oleh androgen yang meningkat (hormon lelaki) pada wanita.
Punca yang menyebabkan gejala PCOS masih belum di kenal pasti. Tetapi ada beberapa faktor yang menyebabkan gejala ini seperti genetic keturununan, insulin yangberlebihan di dalam darah dan juga keradangan di dalam badan.
.
.
APAKAH TANDA – TANDA PCOS
1. Kitaran period yang tidak teratur
Kekurangan ovulasi menyebabkan pesakit PCOS tidak mengalami period setiap bulan. Ada yang mengalami kurang daripada 8 kali period setahun.
.
2. Aliran darah period yang berlebihan
Disebabkan kitaran period yang lebih lama menyebabkan aliran darah period lebih heavy daripada normal.
.
3. Bulu muka yang berlebihan
+- 70% wanita PCOS mempunyai rambut atau bulu yang berlebihan di muka dan badan atau di panggil hirsutism.
.
4. Berlebihan berat badan.
80% wanita PCOS mengalami berat badan yang berlebihan.
.
5. Kulit gelap
Kulit di bahagian pelipat seperti leher, pangkal peha dan bawah payudara menjadi gelap.
.
6. Sakit kepala
Perubahan hormon boleh menyebabkan sakit kepala pada sesetengah wanita.
Pada kebiasaannya kitaran period adalah dalam 28 hari – 35 hari. Tapi tidak semestinya setiap individu mesti sama kerana kitaran berbeza-beza mengikut individu.
Tetapi jika anda mempunya kitaran yang sentiasa berubah-ubah dan aliran darah yang berbeza-beza setiap bulan ada mempunyai kitaran period yang tidak teratur.
Ada beberapa sebab kenapa kitaran anda tidak teratur.
1. Turun atau naik berat badan yang ekstrim secara tiba-tiba. Bersenam yangberlebihan juga boleh menyebabkan period anda tidak teratur
2. Stress menyebabkan hormone anda tidak seimbang dan menyebabkan kitaran haid menjadi berubah.
3. Pengambilan pil hormon atau perancang keluarga juga antara sebab kitaran period anda tidak teratur.
4. Polycystic ovary syndrome (PCOS)
Wanita yang mempunyai gejala PCOS mengalami hormone yang tidak seimbang di mana hormone testosterone atau hormone lelaki lebih tinggi daripada normal.
5. Wanita yang mengalaimi Pre Menopos juga akan mengalami kitaran period yang tidak teratur.
Jika anda mengalami masalah kitaran tidak teratur, cuba cek adakah ia berpunca daripada salah satu di antara senarai tadi dan cuba dapatkan pendapat dari yang pakar.
Wanita yang merokok hanya 100 BATANG ROKOK dalam SEUMUR HIDUP adalah 30% lebih berisiko mendapat KANSER PAYUDARA
– Wanita yang merokok satu pek sehari adalah 60% lebih berisiko untuk mendapatkan Kanser payudara
– Hubungan antara merokok dan kanser boleh disebabkan oleh bahan-bahan dalam rokok yang bertindak seperti estrogen – yang menggalakkan pertumbuhan kanser.
Bukan hanya kanser payudara, merokok juga antara punca kanser servik.
Jadi berhati-hati, dan pilihlah cara hidup yang lebih sihat.
Daripada Abi Hurairah r.a meriwayatkan daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seorang Mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari kiamat daripadanya. Sesiapa memudahkan orang yang tengah dilanda kesulitan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa menutup aib seorang Muslim maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat. Allah menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya. Sesiapa menempuh suatu jalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan enuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah suatu rumah Allah dengan membaca kitab Allah dan mempelajarinya bersama-sama, kecuali bahawa ketenteraman akan turun kepada mereka, malaikat menaungi mereka di hadapan makhluk yang di sisi-Nya, dan sesiapa yang lambat (kurang) amalannya, maka tidak akan dipercepat mengangkat darjatnya.”
(Riwayat Muslim no.2699, 2580 dan al-Tirmizi no. 2940)