MAKANAN HARIAN PUNCA HORMON TIDAK SEIMBANG

 
Keseimbangan hormon penting kepada kesihatan kita dan bebas daripada risiko kanser . Perubahan turun naik hormon berlaku secara semulajadi, seperti akil baligh, menopaus dan perimenopause.
 
Ketidakseimbangan hormon juga boleh disebabkan oleh toksin atau gaya hidup yang tidak seimbang. Ia mungkin berpunca daripada makanan seharian kita.
 
Roti
Roti putih antara salah satu punca hormon anda tak seimbang. Roti putih mengandungi gluten dan gula yang meningkatkan keradangan di dalam badan .
Keradangan dalam badan menyebabkan stress pada kelenjar adrenal dan menyebabkan hormon kurang dihasilkan dan menjadi tidak seimbang.
Roti menyebabkan kembung perut, keletihan dan keguguran rambut.
 
Susu
Susu menyebabkan meningkatnya kandungan insulin dalam badan dan meningkatkan kandungan gula dalam darah. Inilah salah satu punca tumbuhnya jerawat. Jerawat berkait rapat dengan perubahan hormon.
Susu lembu juga mengandungi hormon yang menyebabkan “mood swing”
 
Susu menyebabkan masalah sinus, hidung tersumbat berhinggus dan kulit menjadi sensitif.
Kita mungkin fikir roti dan susu adalah sarapan paling sihat tapi mungkin sekarang kita perlu berfikir dua kali.
 
Moga dapat membantu
 
#TipsQoutes
#SweetnCozy
#PadKain
#ClothPadMalaysia
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain

TANDA-TANDA HORMON TIDAK SEIMBANG

 
Adakah anda selalu rasa tak bermaya dan mengantuk?
Susah nak bangun pagi?
Ia mungkin tanda anda menghadapi hormon yang tidak seimbang.
.
.
 
Gejala-gejala hormon tidak seimbang sangat biasa sekarang.
Ia nampak seperti benda yang biasa tetapi sebenarnya tidak.
 
Berikut adalah antara tanda-tanda hormon anda tidak seimbang.
• PMS
• Kegelisahan / kemurungan
• Kesukaran mengekalkan berat badan yang sihat
• Keletihan
• Jerawat
• Masalah penghadaman
• Meningkatkan selera makan (selalunya dalam keinginan gula)
• Masalah tidur
• Kitaran haid tidak teratur
• Libido rendah
• Cepat merasa sensitif atau marah
 
Dengan fahami punca-punca hormon tidak seimbang lagi mudah untuk kita mengatasinya.
 
 
 
#SweetnCozy
#TipsQoutes
#PadKain
#ClothPadMalaysia
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
 
 

ALLAH TIDAK PERNAH BERHENTI MENYANGI

“Barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan mencubanya dengan ujianNya.”
– sabda Rasulullah SAW
 
 
Justeru, lapangkanlah hati, kuatkan jiwa dan redho menerima apa juga ujian Allah kerana setiap ujianNya tidak diberi secara sia-sia melainkan ada hikmah yang tersembunyi.
 
AMIN
 
 
#TipsQoutes
#PadKain
#ClothPadMalaysia
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain

CUKA EPAL MEMBANTU KEPUTIHAN

 

Jika anda menghadapi masalah keputihan boleh amalkan cuka apple.
 
Asid semulajadi dalam cuka epal boleh digunakan sebagai ubat untuk ketidakseimbangan dalam pH vagina.
 
Kandungan dalam cuka epal memberi makan bakteria flora vagina yang sihat, dan sebagainya membantu melawan mikroorganisma berbahaya.
 
Sebaliknya, ciri antikulat dan antimikrobanya membantu mengawal bau dan keputihan
 
 
CUKA EPAL MEMBANTU KEPUTIHAN
 
1. Bancuhkan setengah cawan cuka epal di dalam air mandi anda.
2. Kemudian, basuh kawasan intim anda.
3. Buat dua kali sehari selama sekurang-kurangnya seminggu.
 
 
Jika anda menghadapi keputihan yang agak teruk seila berjumpa dengan doktor.
 
 
Sila LIke & Share
Moga dapat membantu
 
#TipsQoutes
#SweetnCozy
#PadKain
#ClothPadMalaysia
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain

ADAKAH KEPUTIHAN ITU NORMAL?

 

Ramai wanita masih tertanya-tanya adakah keputihan itu normal atau tidak.

Dari segi warna dapat memberitahu kita adakah ia normal atau masalah serius dan perlukan rawatan.
.
.

1. PUTIH
Pekat dan berwarna putih adalah keputihan yang normal.
Jika anda rasa gatal-gatal mungkin ia di sebabkan oleh jangkitan yis.

2. KUNING
Keputihan yang berwarna kuning adalah keputihan yang tidak normal.
Ia tanda jangkitan bakteria atau jangkitan penyakit kelamin.

3. Cokelat
Warna cokelat mungkin disebabkan kitaran haid yang tidak teratur.
Jika selalu terjadi ia juga mungkin salah satu tanda kanser servik.

4. Hijau
Keputihan yang berwarna hijau adalah tidak normal dan tanda jangkitan bakteria.
Ia juga tanda-tanda jangkitan penyakit kelamin.
.
.

Warna keputihan yang di anggap normal adalah berwarna putih tanpa rasa gatal-gatal dan tanpa bau.
Jika anda mengalami keputihan yang berwarna, rasa tak selesa dan ada berbau sila berjumpa dengan doctor untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Pakai seluar dalam daripada material cotton atau bamboo kerana lebih “breathable”. Ia dapat mengelakkan kelembapan di bawah sana yang boleh menyebabkan yis membiak.

Jika anda sedang period kerap tukar pad atau bertukar kepada pad kain.

Moga dapat memberi panduan untuk wanita

#TipsQoutes
#SweetnCozy
#PadKain
#ClothPadMalaysia
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain

KECANTIKAN DARI HATI YANG MURNI

Tiada #kecantikan yang lebih #bersinar
daripada #hati yang #murni
 
 
Selamat Pagi semua
 
#TipsQoutes
#PadKain
#ClothPadMalaysia
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain