ARRRRH …..JERAWAT!

Kenapa masa nak period tumbuh jerawat ?

 
Tahap hormone progesterone yang tinggi sebelum period adalah penyebab kenapa banyak jerawat yang tumbuh.
Hormon ini meningkatkan pengeluaran minyak kelenjar dan menyebabkan tersumbat di puri kulit.
 
 
 
Apa yang anda perlu buat
 
1. Gunakan pembersih muka yang lembut.
Jangan scrub muka, toner atau tisu lembap kerana anda hendak menghilangkan minyak yang jahat tapi masih kekalkan minyak yangbaik pada muka.
Dalam erti kata yang lain jangan membersih secara berlebih-lebihan.
 
2. Jangan kerap sentuh kulit muka
Basuh tangan dulu sebelum memengang kulit muka atau memakai make up.
Bakteria dan kotoran di tangan juga boleh menyebabkan kulit tumbuh jerawat
 
3. Bersihankan Handphone anda
Mungkin anda tak perasan BFF iaitu handphone boleh menjadi punca jerawat.
Skrin Handphone anda ada banyak kuman dan bakteria. Ini boleh menyebabkan bahagian rahang muka dan dagu tumbuh jerawat.
 
Jom kita amalkan kebersihan untuk mengelakkan jerawat dan amalkan pemakanan yang sihat untuk hormone yang seimbang.
 
 
Moga memberi manfaat
 
#TipsQoutes
#PadKain
#ClothPadMalaysia
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain

Sindrom Prahaid

 
Sindrom Prahaid atau Premenstrual syndrome atau yang ramai orang lebih tau dengan nama PMS.
Ia biasanya berlaku pada 7-10 hari sebelum period dan akan hilang bila saja period bermula.
Tapi ada juga yang masih mengalami PMS hingga 2-3 hari period.
.
.
 
Ada kajian mengatakan
75% wanita mengalami PMS setiap bulan
30-40% wanita terganggu aktiviti harian dan terpaksa ambil cuti atau MC kerana PMS.
 
 
Tanda-Tanda PMS
1. Sakit badan
2. Selalu mengantuk
3. Sakit kepala
4. Jantung berdegup cepat
5. Dipresi
6. Perut Kembung
7. Mood Swing
8. Payu dara bengkak
9. Tidak boleh focus
10. Tangan dan kaki bengkak
11. Susah nak tidur
12. Tambah berat badan
13. Kurang rasa ingin bersamas uami
 
 
Apa punca sebenar PMS masih tak di ketahui cuma ia berkait rapat dengan perubahan hormon.
 
 
#TipsQoutes
#PadKain
#ClothPadMalaysia
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain

 

Fikir POSITIF dan BERUSAHA

“ Hidup ini terlalu singkat jika digunakan hanya untuk mengeluh.
Fikir POSITIF dan BERUSAHA  pasti banyak perkara indah akan terjadi”
 
Selamat Pagi semua
 
 
#TipsQoutes
#PadKain
#ClothPadMalaysia
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
 

KURANG KEYAKINAN DIRI BILA VAGINA BERBAU

 
Vigina berbau kuat dan tidak menyenangkan bukan sahaja tidak selesa malahan boleh menyebabkan seseorang tu kurang keyakinan diri kerana rasa malu.
 
Ia selalunya di kaitkan dengan masalah iritasi, kegatalan dan juga malasah keputihan.
.
.
 
PUNCA MASALAH VAGINA BERBAU
 
1. Jangkitan bakteria
2. Jangkitan Yis
3. Kebersihan
4. Jangkitan penyakit kelamin
5. Penggunaan tampon
6. Perubahan hormone semasa mengandung atau semasa menyusu badan atau menopause
7. Penggunaan seluar dalam yang tak betul
8. Mencuci vagina dengan berlebihan atau meruang
.
.
.
 
Kita perlu menjaga kesihatan vagina dengan baik untuk mengelakkan masalah vagina berbau terjadi.
 
1. Pakai seluar dalam yang longgar dan pilih seluar dalam daripada cotton atau bamboo kerana lebihbreathable
2. Tukar baju selepas bersenam atau melakukan kerja-kerja yang banyak berpeluh seperti mengemas rumah
3. Turunkan berat badan jika perlu
4. Elak melakukan meruang
5. Amalkan diet pemakanan yang sihat seperti kurangkan gula dan makanan segera.
 
 
Penggunaan Pantyliner pakai buang juga boleh menyebabkan masalah ini semakin serius.
Jadi bertukarlah kepada Pantyliner kain yang lebih selesa dan breathable.

Dapatkan Pad dan Pantyliner Kain

 
 
Terima kasih kerana LIKE & Share
Moga memberi manfaat
 
#TipsQoutes
#PadKain
#ClothPadMalaysia
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
 

TRADISI MERUANG

 
Meruang bermaksud mencuci bahagian dalam vagina. Ia juga di panggil “Vagina Douching”.
Meruang memasukkan benda asing seperti jari, herba atau ubatan ke dalam vagina untuk membersih atau mengeluarkan lendiran.
Ramai yang mengamalkan meruang kerana percaya dapat mengatasi masalah keputihan, mengurangkan jangkitan kuman, vagina lebih bersih terutam aselepas period atau bersama suami dan menyihatkan rahim.
.
.
 
PERLUKAH MERUANG
 
Sistem tubuh badan kita adalah istimewa. Vagina terdapat bacteria baik dan bacteria jahat. Meruang akan menyebabkan semua bacteria mati termasuklah bacteria baik.
Bakteri baik inilah yang menjaga kesihatan vagina.
.
.
 
KESAN MERUANG
 
Tanpa kita sedar dengan meruang bukan saja terlampau memcuci bahagian Vagina tapi boleh menyebabkan kesan yang tidak baik.
 
1. Jangkitan kuman di bahagian Vagina
2. Vagina menjadi longgar
3. Komplikas isemasa mengandung seperti bayi pramatang
4. Risiko mengandung di luar rahim
5. Kanser pangkal Rahim dan kanser ovari
 
 
Semoga bermanfaat
Sila LIKE & SHARE
 
#TipsQoutes
#PadKain
#ClothPadMalaysia
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain

BERBUAT BAIK

“Berbuat baiklah seperti sungai mengalir tak henti-henti,
Tanpa mengharap ia kembali”
 
Selamat Pagi semua
 
 
#TipsQoutes
#PadKain
#ClothPadMalaysia
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain

Hikmah berselawat

“ Barang sesiapa yang berselawat ke atasku sekali
nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali ”
– Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a
 
#TipsQoutes
#PadKain
#ClothPadMalaysia
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain

 

KHASIAT MANJAKANI UNTUK WANITA

 
Ramai yang dah tau khasiat Manjakani untuk kesihatan wanita.
 
Ibu-ibu yang baru lepas bersalin banyak mengamalkan manjakani untuk mengembalikan bentuk badan, kesihatan rahim dan saluran peranakan.
 
Ia juga dikatakan mampu mengembalikan seorang wanita seperti anak dara.
 
Manjakani juga banyak digunakan untuk merawat sakit gigi, cirit-birit, sakit perut dan buasir.
 
 
Selalu dengar khasiat manjakani tapi tak tau cara nak gunakannya.
Ada beberapa cara untuk menggunakan Manjakani sebagai PERAPAT :
 
 
1. Rebus 3 biji buah manjakani dengan 2 cawan air sampai mendidih dan airnya bertukar menjadi coklat pekat. Gunakan air itu untuk mencuci bahagian faraj. Amalkan setiap hari.
 
2. Ambil sebiji buah manjakani. Masukkan kedalam nasi yang sedang mendidih, bila nasi telah kering, ambil buah manjakani tersebut dan potong kecil-kecil semasa masih lembut dan makan bersama nasih yang masih panas. Amalkan selalu.
 
3. Rebus buah manjakani. Air rebusannya diminum.Bukan sahaja elok untuk mengetatkan faraj, tetapi juga elok untuk melangsingkan badan dan untuk awet muda.
 
Selamat mencuba.
Terima kasih kerana LiKE & SHARE.
Moga memberi manfaat.
.
.
 
#TipsQoutes
#PadKain
#ClothPadMalaysia
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
 

SENAMAN KEGEL BAIK UNTUK WANITA

 
1. Tarik nafas hembus nafas perlahan-lahan dalam 3 kali.
2. Bayangkan anda sedang menahan kencing.
Kemutkan otot lantai pelvik.
3. Bernafas seperti biasa, tahan otot selama 5 saat
4. Rehat 10 saat dan ulang semula 10kali
 
Senaman kegel ialah senaman yang dapat membantu menguatkan otot pelvis termasuk bahagian peranakan, vigina dan pundi kecing.
 
 
FUNGSI SENAMAN KEGEL
 
  • Membantu masalah membuang air kecil atau terkucil
  • Meningkatkan kualiti hubungan intim bersama suami
  • Mengurangkan masalah sengugut
  • Mengatasi masalah peranakan jatuh
  • Membantu masalah kentut faraj
 
Hati-hati jangan lakukakan senaman ini semasa anda sedang kencing kerana ia akan melemahkan lagi otot di bahagian faraj dan akan mengalami masalah kencing tidak lawas.
 
Semoga bermanfaat
 
 
#TipsQoutes
#PadKain
#ClothPadMalaysia
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain