Apakah kempen PLASTIC FREE JULY?

#plasticfreejuly adalah kempen yang bermula di Australia oleh Plastic Free Foundation tetapi kini berjuta-juta orang dari seluruh dunia turut sama menyertai kempen ini.
Kempen ini adalah bertujuan untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali-guna atau single-use plastics dan bebas daripada longgokan sampah yang berpunca daripada plastik.
Plastik mengambil masa sehingga 1000 tahun untuk lupus atau ada juga yang tidak akan lupus sepenuhnya. Akhirnya ia akan menjadi sisa di saluran air kita dan mencemarkan sumber air serta merosakan hidupan laut.
Perubahan kecil yang kita ambil dapat memberi manfaat dan menjaga alam kita.

Pad Pakai Buang

90% pad pakai buang diperbuat daripada plastik.

Sebilangan besar pad pakai buang dibuang ke dalam tandas dan menyekat paip pembentungan.

Pad pakai buang bukan saja memberi kesan kepada alam sekitar tetapi ia
antara punca kerengsaan pada kulit.

Beg Plastik

10 juta beg plastik digunakan setiap minit di seluruh dunia dan hanya sekali guna.

Beg plastik sukar untuk dilupuskan, ia akan memecah menjadi plastik mikro kecil
dan kekal di alam sekitar.

Beg plastik yang tersumbat di dalam sistem saliran menyebabkan
pencemaran dan banjir kilat.

 

89 juta pelitup muka diperlukan setiap bulan di seluruh dunia.

Pelitup muka dan sarung tangan pakai buang
dibuang merata-rata mencemarkan sungai dan laut.

Mengancam hidupan laut yang tersalah anggap
sebagai makanan.

 

Straw plastik tidak biodegradable dan susah untuk dilupuskan.

Saiznya yang kecil lebih senang terhanyut ke sungai
yang akan mencemarkan perairan dan mengancam hidupan laut.

Ia akan memecah menjadi plastik mikro kecil dan
melepaskan bahan kimia ke dalam tanah, udara, dan air.

 

Bermula dengan langkah yang kecil, seperti bertukar kepada shopping beg kain, pad wanita kain dan pelitup muka kain.
Pilihlah menggunakan barangan yang boleh digunakan berulang kali kerana perubahan kecil yang kita ambil ini dapat memberi manfaat dan menjaga alam kita.

 

 

Happy New Year 2020

There is no better time than now to start living healthy

We sincerely thank you for a great past year and can’t wait for the exciting things on this continuing journey to make positive changes


Happy New Year 2020
SweetnCozy

NATURAL FEMININE WASH SweetnCozy

Pembersih intimasi semulajadi untuk membantu membersih dan menyegar.

Gabungan ekstrak manjakani, sirih dan aloe vera yang telah lama di percayai untuk membantu mengatasi kesihatan wanita.

 

 

Ekstrak Manjakani (Oak Gall)
– mengandungi astringen, antioksidan, antibakteria, anti-fungal, anti-virus, anti-radang
– membantu melegakan kekeringan

 

Daun Sireh
– mengandungi antiseptik dan anti-fungal
– membantu melegakan daripada gatal-gatal dan keputihan

 

Aloe Vera
– mengandungi anti-radang, fungicidal dan antiviral
– agen pembersih semula jadi dan anestetik
– membantu melegakan kerengsaan kulit dan menggalakkan pembaharuan sel dan menghidrat kulit.

Di tambah dengan Essential Oil Geranium yang sangat harum.

 

Paraben Free
SLS Free
Free of Synthetic Color & Fragrance

 

Boleh dapatkan dalam 2 saiz
Small (50-60gm)
Large (90-110gm)

Natural Feminine Wash Soap

Pembersih intimasi semulajadi untuk membantu
membersih dan menyegar. Gabungan ekstrak manjakani, sirih dan aloe vera yang telah lama di percayai untuk membantu atasi kesihatan wanita.

Paraben Free
SLS Free
Free of Synthetic Color & Fragrance

Boleh dapatkan dalam 2 saiz
Small (50-60gm)
Large (90-110gm

* Disebabkan hasil buatan tangan, setiap sabun ada perbezaan sedikit dari segi saiz dan berat.