FAHAMI KITARAN ‘PIYED’ ANDA

Kitaran “PIYED” dikira dari hari pertama hingga sampai lagi “PIYED” yang baru.

Setiap wanita mempunyai kitaran PIYED yang berbeza-beza antara 21 hingga 35 hari . Untuk permulaan, mungkin kitaran lebih panjang adalah perkara biasa dan kitaran akan menjadi lebih pendek dan konsisten mengikut umur.

Nota :

Boleh LIKE & SHARE untuk rujukan untuk merancang keluarga dan sesuai untuk remaja yang baru bermula “PIYED”

#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh

Wanita & Sampah Pad Pakai Buang

TAHUKAH ANDA?

Kita adalah antara penyumbang longgokan sampah yang susah untuk dilupuskan.

Anggaran setiap wanita menggunakan sebanyak 16,800 keping pad pakai buang sepanjang hidupnya.
Setiap 1 keping PAD PAKAI BUANG bersamaan 4 keping BEG PLASTIK.
Ini bermakna anggaran setiap wanita menghasilkan sebanyak 67,200 keping SAMPAH BEG PLASTIK.

Ada yang mengatakan 1 bag plastik mengambil masa lebih 50TAHUN untuk dilupuskan.

#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh

“SUSAHLAH NAK PAKAI PAD KAIN KALAU BEKERJA”

Pertama kali dengar PAD KAIN mesti kita banyangkan,
– Kalau kain tak bocor ke?
– Selesa ke?
– Macam mana nak tukar nak cuci di opis, nanti kotor berbau pulak.

Sebenarnya siapa saja boleh pakai PAD KAIN. Orang yang bekerja, Suri Rumah atau pun masa pergi bercuti.

Pad Kain Wanita Sweet n Cozy menggunakan “Magic” fabrik yang dapat menyerap lebih banyak dan cepat jadi kita sentiasa rasa selesa walaupun sedang bekerja. Di bahagian dalam Pad Kain ni ada lagi 1 keping kain yang kalis air jadi tak perlu rasa takut dengan kebocoran. Tapi jangan pakai terlalu lama takut nanti terlebih penuh.

Cara-Cara Menyimpan Pad Kain Yang Kotor :
1) Bilas sedikit atau basahkan pad yang kotor supaya darah tidak menjadi kering dan akan susah di basuh
2) Lipatkan pad dan kemudian simpan didalam wet bag / bag kalis air / plastik bag
3) Cuci seperti biasa di rumah.

Kebanyakan pelanggan kami adalah yang bekerja dan feedback yang kami terima PAD KAIN lagi tidak berbau berbanding pad pakai buang.

#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh

TER “EKSIDEN” HENDAK KE TANDAS?

 
Terkucil atau masalah kawalan buang air kecil (Incontinence) selalunya terjadi bila seseorang semakin berumur atau mengandung.
 
Wanita yang mengalami masalah ini boleh terkucil bila batuk, bersin, ketawa, bersenam, mengangkat bebanan dan melakukan aktiviti yang berat.
 
Melahirkan anak dan menjalani sesetengah pembedahan boleh melemahkan otot lantai pelvik (otot di bawah pundi kencing) menyebabkan terkucil bila bahagian abdomen mengalami tekanan. Kedaan ini selalunya berlaku pada perempuan yang masih muda.
 
Antara punca punca terkucil ialah :
 
– Setelah melalui bersalin
– Menopaus
– Berat badan berlebihan
– Tahap estrogen rendah
– Pernah menjalani pembedahan pelvik
– Kerap mengandung
 
Senaman Kegel boleh membantu masalah terkucil atau dapatkan nasihat Doktor jika masalah agak serius