Hukum sah sembahyang bagi wanita yang keputihan
Kita selalu dengar tentang keputihan. Keputihan ini terbahagi kepada 2 jenis. Keputihan yang normal (Fisiologis) dan Keputihan tidak normal (Patologis)
Keputihan yang normal biasanya terjadi semasa waktu subur setiap bulan. Ia berwarna jernih dan tidak berbau. Keputihan befungsi untuk melembapkan vagina, membersih dan mengelakan daripada jangkitan kuman.
Manakala keputihan yang tidak normal pula disebabkan oleh jangkitan kuman, infeksi, virus, dan bakteria.
Tanda- tanda keputihan yang tidak normal ialah :
- berbau yang tak sedap
- berubah warna seperti warna kehijauan, kelabu
- berbeza dari segi rupa seperti berketul-ketul
- Vagina rasa gatal, panas dan kemerahan
- ada pendarahan atau spotting yang bukan darah haid
Dari sudut Islam pula terdapat beberapa jenis cecair yang di hasilkan wanita .
Qassah al-baidha’
Sebahagian ulama mengatakan ianya cecair putih yang keluar pada hari-hari akhir haid.
Kudrah
Sejenis cecair berwarna keruh atau mungkin kalau boleh dikatakan ianya berwarna koko. Kadangkala keluar sebelum atau selepas haid.
Sufrah
Cecair yang berwarna kuning. Kadangkala keluar sebelum atau selepas haid.
Kelembapan faraj (Rutubah al-faraj)
Jika diletak kain, akan kelihatan sedikit cecair yang melembapkan kawasan faraj. Kejadiannya ada hikmah yang tersendiri pada pandangan sains seperti mengekalkan sifat ekosistem faraj yang neutral. Ia tidak berbau.
Wadi
Lendir putih yang keluar setelah kencing atau keletihan yang amat sangat akibat bekerja dan sebagainya.
Mazi
Lendir seperti air yang sangat jernih seperti air biasa tetapi ia likat sedikit yang keluar dari faraj wanita apabila teransang syahwatnya
Mani
Lendir lembut berwarna putih atau kuning yang keluar ketika kemuncak syahwat saat bersetubuh. Mani tidak membatalkan wuduk walaupun ia keluar dari vagina.
Adakah keputihan itu najis di dalam Islam?
Jika keputihan/lembapan itu didominasi oleh cecair-cecair yang berlebihan yang keluar dari faraj samada pangkal rahim (cervix), rahim (uterus) atau faraj (vagina), maka ianya najis.
Ia berdasarkan pendapat para ulama: “Setiap benda yang mengalir di dalam tubuh benda hidup, hukumnya najis. Seumpama darah, muntah, kencing dan lain-lain”.
Hukum keputihan itu menjadi najis apabila ia keluar daripada faraj. Selagi ia masih berada di dalam faraj, ianya tidak lagi digelar najis.
Keputihan/lembapan keluar secara berlebihan dan berubah ciri-cirinya daripada cecair jernih yang biasa kepada cecair yang keruh seperti kelabu, hijau atau kuning, berbau atau berketul-ketul likat yang puncanya dari dalam faraj, maka ianya dihukum najis (al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah ‘ala mazhab al-Imam al-Syafi’e, jld 1, hlmn 42-43).
Ketika inilah, wajib seseorang wanita itu mengambil wuduk semula.
Bagi wanita yang mengalami masalah keputihan yang sentiasa keluar, jadi hukumnya juga berbeza dengan wanita yang keputihan normal.
Hukumnya sama sahaja dengan orang yang tidak lawas kencing dan juga mudah terkeluar angin. Jika keadaannya begini, sebaik sahaja azan, wanita yang keputihan mestilah membersihkan farajnya, berwuduk, pakai pelapik atau seperti tisu, kain atau panty liner kemudian terus mengerjakan solat (al-Fatawa al-Jaam’ah li Mar’ah al-Muslimah). Jika keputihan terkeluar sewaktu solat, tak mengapa kerana ia di anggap luar daripada kawalan.
#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh