TIDAK SUBUR
Foto : http://www.babyinfo.com.au
Mengikut kajian 1 daripada 10 pasangan di dunia mengalami “Tidak Subur” atau infertility.
Dan 4 daripada 10 pasangan yang tidak subur ialah disebabkan oleh lelaki.
Purata pasangan di UK akan hamil dalam masa setahun. dan berikut adalah pecahan peratusan yang berjaya hamil :
20% akan hamil dalam tempoh sebulan
70% akan hamil dalam masa enam bulan
85% akan hamil dalam masa 12 bulan
90% akan hamil dalam masa 18 bulan
95% akan mengandung dalam tempoh 24 bulan.
Jika umur anda kurang daripada 35 tahun dan mencuba untuk hamil selama lebih daripada setahun baru di anggap tidak subur.
Dan jika berumur lebih daripada 35 tahun , di anggap tidak subur bila tidakberjaya untuk hamil dalam masa 6 bulan.
Umur memainkan peranan di dalam kesuburan. Lelaki yangberumur lebih 30 tahun akan kurang menghasilkan sperma sebanyak 35%.
Wanita juga akan mula kurang subur apabila berumur 32 tahun.
Selain daripada umur ada beberapa faktor yang menjadi sebab kurang subur seperti :
- Masalah kesihatan
- Merokok
- Obes atau berlebihan berat badan
- Terlalu kurus
- Mengamalkan makan makanan yang tidak sihat
- Terlebih bersenam atau kurang bersenam
- Stress
Sila dapatkan nasihat doktor sakit Puan jika anda masih berusaha untuk hamil selepas setahun.
Sumber : www.fertility.com
#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh