WOW PAD KAIN BOLEH PAKAI LEBIH DARI 5 TAHUN!
Macam mana nak pad kain bertahan lama?
Betul ke jangka hayat pad kain boleh tahan dan di pakai lebih daripada 5 tahun?
Ramai yang agak terkejut bila dapat tahu pad kain boleh di pakai basuh selama 5 tahun atau lebih kalau di jaga betul.
Sama juga macam baju kita, kalau kita pandai jaga mesti la boleh bertahan lama kan.
.
.
.
Antara tips penjagaan pad kain adalah semasa mencuci dan menjemur.
1. PELEMBUT KAIN
Jangan gunakan pelembut kain atau softener kerana ia akan menyebabkan pad kain kurang menyerap dan mungkin juga boleh menjadi salah satu sebab anda akan dapat rashers.
.
2. PELUNTUR
Jangan guna peluntur kerana akan menghakis fabrik dan jangka hayat pad kain akan menjadi pendek
.
3. AIR PANAS
Bilas & cuci Pad Kain dengan menggunakan air paip biasa dan elakkan menggunakan air panas. Air panas akan menyebabkan darah susah untuk di cuci.
.
4. SABUN
Kurangkan sabun masa membasuh. Ramai yang gunakan sabun yang berlebihan daripada sepatutnya. Menggunakan lebih sabun tak bermakna ia semakin bersih. Sabun berlebihan akan melekat di fabrik dan menyebabkan pad kain kurang menyerap dan memendekkan jangka hayat pad kain.
.
5. JEMUR DI BAWAH MATAHARI
Jemur di bawah matahari adalah baik berbanding dengan menggunakan dryer.
Matahari juga berfungsi sebagai ejen peluntur semulajadi yang dapat menghilangkan “stain” pada pad kain.
#SweetnCozy
#PadKain
#ClothPad
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
