Pad Kain Orang dulu-dulu


Ya betul. Orang dulu-dulu pakai pad kain. Kain batik 4 segi di lipat-lipat menjadi tebal dan di gunakan sebagai pad.
Bukan orang dulu-dulu aja tau, sebenarnya ada lagi yang masih kekalkan guna kain batik atau tuala good morning ni.

Kenapa mereka masih guna kain sebagai pad? sebab SELESA. Tapi pad kain tradisional ni tak berapa sesuai untuk yang bekerja sebab dari segi bentuknya dan tak ada anti bocor.
Bukan lah tak boleh di pakai, tapi susah sikit kalau nak tukar pad waktu bekerja kan.

Pad Kain SweetnCozy dah di moden kan untuk mudah di pakai. Lapisan fabrik nya juga menggunakan kain yang boleh menyerap lebih banyak dan cepat supaya anda kekal selesa dan ada lapisan anti bocor juga. Bentuk dan serapan lebih kurang sama jer macam pad pakai buang. Jadi tak perlu la anda selalu ke toilet nak cek dah penuh ke blom.

Apa yang best sangat dengan Pad Kain ni?
Paling best beli sekali pakai banyak banyak banyak kali, kan untung tu.
Nak basuh pun tak susah, bilas sampai bersih lepas tu campak je dalam mesin basuh.
Kalau yang tinggal kat apartment boleh jemur bawah kipas. Tapi kalau jemur bawah matahari lagi bagus. Sebab cahaya matahari tu dapat membunuh bakteria dan juga sebagai peluntur kalau ada “stain”.


Ada ramai pengguna Pad kain SweetnCozy yang berpuas hati. Antara feedback yang paling banyak kita terima ialah SELESA takde lagi RUAM, GATAL-GATAL. Ada juga yang sebelum ni period tak teratur, Alhamdulillah selepas bertukar period lebih lancar.