Pantyliner Kain SweetnCozy
Apa bezanya Pantyliner Kain ni. Lagi senang pakai yang disposable. Pakai buang jer terus.
Eh ada banyak beza tau Pantyliner Kain dengan yang disposable.
Baru tengok jer dah tau beza belum pakai lagi.
Pantyliner Kain SweetnCozy lebih panjang daripada yang pakai buang. Iaitu panjang 20cm dan yang pakai buang hanya 15cm.
Jadi saiz yang lebih panjang ni boleh cover lebih lagi
Lebar Pantyliner kain juga lebih lebar 8.5cm berbanding dengan disposable hanya 5cm.
Jadi Pantyliner kain SweetnCozy bukan saja sesuai untuk kegunaan harian tapi boleh di guna pakai semasa lightdays. Jadi lebih untung macam pad 2in1
Dan bahagian serapannya yang menggunakan Bamboo Fleece dapat menyerap lebih berbanding cotton biasa.
Jangan lupa Bamboo fabrik juga ialah fabrik yang anti bakteria.

Bila dah lihat dan pakai baru tau betapa bestnya Pantyliner kain SweetnCozy ni, sebab lembut sangat. Sesuai siapa yang ada kulit sensitif. Material pad disposable yang yang agak kasar dan terasa seperti kertas / plastik boleh menyebabkan kulit melecet, ruam dan kegatalan bagi mereka yang ada kulit sensitif.

Errk Putih? Hmmmm boring nya
Mesti lah warna Pink lagi ceriakan. Warna kelabu natural je. Warna biru rasa kool
Ini baru 3 warna, ada banyak warna lagi.
Warna ni penting bagi wanita tau. Baru la Mood pun ceria betul tak ?
Dan perbezaan yang No 1 ialah Pantyliner Kain boleh di basuh dan pakai semula berulang-ulang kali. Berapa kali tu? Boleh di pakai sehingga 5 tahun!
Seronok tak?
Kalau seronok jom kita bertukar pada yang lebih selesa, menjimatkan dan lebih CERIA!
Kalau dah takde ruam & melecet mesti lah ceria kan 😉

