PETUA ATASI PERIOD TERLALU BANYAK
Halia adalah bahan yang paling mudah untuk di gunakan dalam mengatasi masalah semasa period. Ini termasuklah masalah darah period yang terlalu banyak.
Ia dapat membantu mengawal pendarahan yang berlebihan, mengurangkan bengkak dan masalah perut kembung. Selain daripada itu kandungan halia juga dapat membantu mengurangkan kekejangan atau cramp.
TEH HALIA UNTUK KURANGKAN PENDARAHAN
- Buangkan kulit halia dan potong ke dalam kepingan kecil.
- Rebus air dan masukkan kepingan halia ke dalam air mendidih.
- Biarkan mendidih sehingga air menjadi berwarna emas dan kemudian tapis.
Tambah beberapa sudu teh madu dan minum dua kali sehari untuk menjaga pengawalan menorrhagia.
Perhatian
Ini hanyalah petua sahaja dan jangan gunakan halia yang terlalu banyak jika anda mempunyai masalah perut atau gastrik.
Jika pendarahan anda terlalu banyak segera berjumpa dengan doctor untuk pemeriksaan lanjut.
#TipsQoutes
#PadKain
#ClothPadMalaysia
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain