Wanita PCOS selalunya mempunyai insulin yang lebih tinggi.
Insulin membantu sel-sel dalam badanmengubah gula menjadi tenaga.
Pesakit PCOS mempunyai masalah ‘Insulin Resistan’ di mana sel-sel di dalam badannya tidak respon dengan baik kepada hormon insulin.
.
.
Ini mengakibatkan hormon insulin menjadi tinggi di dalam darah dan menyebabkan hormon lelaki testosteron turut meningkat.
Hormon yang tidak seimbang akan menganggu ovulasi dan menyebabkan susah untuk mengandung.
Insulin yang tinggi boleh meningkatkan lagi risiko keguguran.
Oleh itu, diet untuk PCOS bertujuan untuk menurunkan paras insulin dan juga mengembalikan keseimbangan hormon-hormon di dalam badan.
1. Low GI diet
GI rendah: Kurang dari 55
GI sederhana: 56 – 69
GI tinggi ≥70
.
.
2. Makan 5 kali sehari
Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi lebih kerap
Ini ialah untuk memastikan paras gula di dalam darah tidak naik dan turun seperti ‘yo-yo’ tetapi stabil sepanjang hari. Ianya juga adalah untuk mengelakkan dari ‘binge eating’ apabila anda kelaparan.
50% wanita tidak sedar yang mereka mengalami gejala PCOS
50% wanita PCOS mengalami diabetes
Wanita PCOS 3 x ganda berisiko mendapat kanser endometrial
.
.
PCOS menjejaskan sistem ovari wanita, iaitu organ pembiakan yang menghasilkan estrogen dan progesteron – hormon yang mengawal kitaran haid. Ovari juga menghasilkan sejumlah kecil hormon lelaki yang dipanggil androgen.
PCOS adalah gejala yang disebabkan oleh androgen yang meningkat (hormon lelaki) pada wanita.
Punca yang menyebabkan gejala PCOS masih belum di kenal pasti. Tetapi ada beberapa faktor yang menyebabkan gejala ini seperti genetic keturununan, insulin yangberlebihan di dalam darah dan juga keradangan di dalam badan.
.
.
APAKAH TANDA – TANDA PCOS
1. Kitaran period yang tidak teratur
Kekurangan ovulasi menyebabkan pesakit PCOS tidak mengalami period setiap bulan. Ada yang mengalami kurang daripada 8 kali period setahun.
.
2. Aliran darah period yang berlebihan
Disebabkan kitaran period yang lebih lama menyebabkan aliran darah period lebih heavy daripada normal.
.
3. Bulu muka yang berlebihan
+- 70% wanita PCOS mempunyai rambut atau bulu yang berlebihan di muka dan badan atau di panggil hirsutism.
.
4. Berlebihan berat badan.
80% wanita PCOS mengalami berat badan yang berlebihan.
.
5. Kulit gelap
Kulit di bahagian pelipat seperti leher, pangkal peha dan bawah payudara menjadi gelap.
.
6. Sakit kepala
Perubahan hormon boleh menyebabkan sakit kepala pada sesetengah wanita.