1. CORAK DAN WARNA
Corak yang kiut miut dan warna-warna terang dipilih kerana warna-warna ini dapat merangsang perkembangan saraf optik bayi anda.
2. TEKSTUR
Kain Minky yang lembut dan riben yang agak kasar mengajar bayi anda tekstur yang berbeza. Ini dapat membantu dalam merangsang sentuhan bayi anda.
3. BUNYI
Loceng menghasilkan bunyi yang tidak terlalu kuat dapat membantu merangsang deria pendengaran bayi anda.
4. SAIZ
Saiz nya sesuai untuk bayi anda belajar memang dan menggegam tangan.
.
.
.
Walaupun ia nampak kecik dan comel tapi ia lebih daripada tu.
Jadi pilih la mainan yang dapat merangsang perkembangan bayi anda dan selamat.
Pendarahan di awal fasa mengandung mungkin tidak merbahaya dan anggaran 20% wanita mengalaminya. Ia di sebabkan oleh “implantation bleeding”.
Proses pendarahan ini boleh berlaku apabila telur yang disenyawakan mula menempel pada bahagian dinding rahim.
Tetapi ada beberapa sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahan dan perlu berjumpa dengan doktor
1. Keguguran
Mungkin mereka tak sedar meraka sedang mengandung dan mengambil makanan supliment atau jamu yang tidak sesuai untuk orang yg mengandung
2. Mengandung Luar Rahim
Mengandung luar rahim atau ektopik berlaku bila embrio menepel pada bahagian luar rahim. Ia merbahaya jika tidak dapat di kesan di peringkat awal dan boleh boleh menyebabkan tiub Fallopio rosak dan mengancam nyawa si ibu
3. Plasenta Tertanggal
Plasenta tertanggal atau ‘plasenta abruption’ boleh menyebabkan pendarahan yang serius terutamanya jika berlaku pada akhir usia kehamilan.
Namun, kebarangkalian untuk mengalaminya adalah 1% sahaja.