Blog
Bandana Bib ke Dubai
Wah comel sesangat kan baby ni.
Thank you Pn Nik yang dh repeat order Bandana Bib banyak kali dan sanggup di terbangkan ke Dubai.
Apa yang buat Pn Nik repeat order ialah sebab kualiti kain, corak dan ada lapisan kalis air di bahagian belakang.
Ada 17 pilihan corak click : Bandana Bib
No-Bake Lactation Bites
Ramai yang sudah tau Oatmeal dan madu dapat membantu menjadi booster menabahkan susu.
Bagi anda yang nak menambahkan susu dan nak cuba resepi yang sangat senang, jom kita cuba resepi ni
Bahan – Bahan
1 cawan Oatmeal kering
1/3 cawan Madu
1/2 cawan Peanut butter
1/2 cawan Flax Seed
1/2 cawan Chocolate chips
1 sudu makan Chia Seed
2/3 cawan Coconut flakes, toasted

1. Gaulkan semua bahan-bahan dan sejukan di dalam peti sejuk selama 10-20 minit
2. Bentukkan menjadi bebola kecil
3. Sedia untuk di makan. Senang aja kan
Selain daripada itu anda juga boleh ubah suai resepi mengikut selera anda seperti menambah buah kurma atau kekacang yang lain . Bukan saja khusus untuk ibu2 yang menyusukan tapi resepi ini juga untuk menambah tenaga dan sesuai untuk yang sedang berdiet
Sumber resepi & gambar
https://www.gimmesomeoven.com/no-bake-energy-bites
Kenapa perlu memilih Nursing Pad Kain?
Selalunya selepas menyusukan bayi atau mengepam, puting akan menjadi agak sensitif. Jadi perlu memilih Nursing Pad yang lembut supaya anda lebih selesa.
Ada Nursing Pad pakai buang di pasaran menggunakan material yang mengandungi bahan kimia dan plastik dan boleh menjadi salah satu sebab kulit menjadi sensitif.
4 sebab kenapa anda perlu memilih Nursing Pad Kain :
1. Lebih selesa
Fabrik bamboo velour yang sangat lembut dan anti bakteria
2. Lebih ekonomi
Boleh di pakai berulang kali sehingga bertahun-tahun
3. Lebih menyerap
Fabrik bamboo dan microfiber mampu menyerap dengan banyak
4. Lebih menarik
ada banyak pilihan corak & warna yang menarik
Kini Nusring Pad di perbaharui dengan tambahan perlindungan iaitu lapisan anti bocor supaya anda tidak perlu risau kebasahan semasa di pejabat atau aktiviti luar.
Dan terdapat tali untuk senang di gantung selepas di basuh.
Click : Contoured Nursing Pad
LEAKING BREAST ?
“Leaking Breast” atau susu melimpah adalah tanda proses penyusuan berjalan dengan baik. Ia juga dapat membantu mengelakkan payudara menjadi bengkak. Kebiasaanya ia terjadi pada awal penyusuan iaitu beberapa minggu terawal selepas melahirkan bayi atau sehingga beberapa bulan dan ada yang tidak mengalaminya langsung.
Selalunya ia terjadi di waktu pagi semasa penghasilan susu agak tinggi. Kebocoran di sebelah payudara saja terjadi apabila anda sedang menyusukan bayi. Dan di kedua2 belah payudara pula semasa tidak menyusukan.
3 sebab kenapa LEAKING BREAST
- Semasa anda menyusukan bayi
- Terdengar bayi anda sedang menangis atau anda sedang terfikir tentang bayi anda
- Semasa berada di tempat yang agak suam atau panas.
Susu melimpah mungkin membuatkan anda rasa tak selesa terutama semasa bekerja atau di luar. Tapi sebenarnya ia adalah tanda badan anda menghasilkan susu yang banyak untuk si kecil .
Cara mengatasi
- Kerapkan penyusuan atau pump susu
- Gunakan nursing pad
- Bawa jaket dan pakai jika mula perasan susu sudah melimpah
Baharu! Nursing Pad SweetnCozy

Nursing Pad SweetnCozy sangat istimewa kerana menggunakan fabrik Bamboo Velour yang lembut & anti bakteria sebagai lapisan yang bersentuhan dengan kulit dan bentuknya yang contoure menyebabkan anda lebih selesa. Fabrik microfiber pula mampu menyerap dengan banyak.
Kini Nursing Pad di perbaharui dengan tambahan perlindungan iaitu lapisan anti bocor supaya anda tidak perlu risau kebasahan semasa di pejabat atau aktiviti luar.
Dan terdapat tali untuk mudah di gantung selepas di basuh.
Ada 6 pilihan corak yang menarik.

Jom bertukar kepada Alternatif yang selesa, menjimatkan dan bergaya








