Tips
KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG
MAKAN UBI KELEDEK DAPAT CANTIKKAN KULIT!

Wah sedapnya makan ubi keledek rebus. Ubi keledek goreng pun sedap.
Tapi tahu tak ubi keledek dapat membantu kulit anda menjadi lebih cantik!
Ubi keledek mempunyai kandungan vitamin A yang tinggi dan membantu melawan bakteria yang boleh menyebabkan jerawat. Kehadiran vitamin C di dalam keledek membantu memperbaiki tona kulit dan menyembuhkan luka jerawat.
Selain itu ada banyak lagi khasiat keledek :
1. Memastikan sistem imun anda aktif
2. Memperbaiki pencernaan
3. Mengekalkan hati yang sihat
4. Melindungi daripada keradangan
5. Membantu mencegah kanser
6. Menurunkan gula darah anda
7. Mencegah kekejangan otot
8. Melegakan tekanan
Wah hebat betul keledek ni kan
#SweetnCozy
#TipsQoutes
#PadKain
#ClothPad
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
MINYAK PATI (ESSENTIAL OIL) SEMASA MENGANDUNG
Oreo Truffle
Ramai orang suka makan oreo kan.
Oreo ni selain makan macam tu aja boleh buat macam-macam resepi.
Jom kita cuba Oreo Truffle ni.

1. 30 keping Oreo di kisar sekali dengan cream di tengah sehingga hancur

2. Masukkan 1 krim keju dan gaul sebati

3. Kemudian bentukkan bebola kecil

4. Cairkan Cokelat dan setengah mentega dan celupkan bebola oreo
Boleh gunakan cokelat putih atau cokelat biasa.
Senang aja kan
Selamat mencuba
Sumber : http://eslamoda.com/5-recetas-de-trufas-que-puedes-hacer-en-menos-de-una-hora
#SweetnCozy
#TipsQoutes
#PadKain
#ClothPad
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
APA SEBENARNYA JERAGAT?
CARA MEMILIH SELUAR DALAM YANG BETUL
Memilih seluar dalam yang betul ada lah penting sama seperti memilih baju yang sempurna untuk di pakai.
Tetapi ramai yang anggap ni perkara kecil, asalkan saiz yang betul . OK!
Lagi pun di bahagian dalam bukan ada orang nampak pun.
Ada banyak jenis seluar dalam di pasaran seperti BIKINI, HIPHUGGER, THONG, BOY SHORTS dan BRIEFS.
Antara 5 jenis ini potongan seluar dalam BRIEFS yang paling selesa dan biasa di pakai oleh wanita dan pada semua peringkat umur.
Ia kerana jenis meliputi kawasa belankang dan sesuai dengan banyak jenis bentuk badan.
Memilih jenis fabrik yang betul juga penting.
Pilih la fabrik kapas atau bamboo kerana fabrik ini lembut dan menyerap peluh. Sesuai dengan cuaca di tempat kita.
Fabrik kapas dan bamboo juga sangat “breathable’.
Ini bermakna tiada kelembapan terperangkap dan boleh mengelakkan masalah jangkitan bakteria dan yis.
Ukur bahagian pinggang dan pinggul.
Pastikan saiz seluar dalam sesuai dengan saiz badan.
Jangan pakai terlalu ketat.
Jika memakai seluar dalam yang terlalu ketat akan merengsakan kuli dan melecet kerana tergeser.
Ia juga menyebabkan kulit berpeluh.
Seluar dalam yang ketat juga akan menampak benjolan lemak yang tak sedap di pandang.
Terima kasih kerana LIKE & SHARE ![]()
RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN
Ramai ibu-ibu lepas bersalin alami masalah rambut gugur. Orang tua-tua kata bila bayi bila dah pandai menyembur air liur jadi sebab rambut ibu gugur.
Hmmm betul ke ya?
Salah satu cara untuk mengatasi masalah rambut gugur ialah dengan menggunakan Aloe Vera atau Lidah Buaya.
Selalunya kita dengar Aloe Vera bagus untuk kulit aja kan.
Aloe Vera berfungsi membantu kulit kepala yang rosak menjadi lebih sihat dan membantu sel rambut.
Aloe Vera juga membantu membersihkan sebum, minyak di kulit kepala yang tersumbat folikel dan menghalang rambut daripada tumbuh semula.
1. Potong daun Aloe Vera. Letakkan daun Aloe Vera menegak untuk mengeluarkan getah kuning.
2. Bersihkan daun Aloe Vera dan ambil pulpa (isi)
3. Basuhkan rambut dan gosokkan pulpa Aloe Vera ke kulit kepala dan urutkan dalam gerakkan bulat
4. Biarkan 15 minit dan bilas dengan air sejuk
5. Buat 3 kali seminggu. Sebaik-baiknya di waktu pagi.
Aloe vera memainkan peranan penting dalam seimbangkan tahap pH kulit kepala dan rambut. Ia dapat meresap jauh ke dalam kulit kepala dan rambut dan dapat menggalakkan pertumbuhan rambut.
Hati-hati dengan getah kuning Aloe Vera kerana ia mengandungi toksin, dan boleh merengsakan kulit .
#SweetnCozy
#TipsQoutes
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
3 LANGKAH MUDAH UNTUK MEMBERSIH SETERIKA
Alamak!
Gosok baju terpanas sangat.
Habis baju dah berlubang.
Tapi seterika pun jadi kotor ada bekas-bekas melekat.
Kalau mummy pernah kena macam ni.
Nak gosok baju pun takde mood kan.
Jom kita cuba tips ni bersihkan dulu seterika dulu sebelum gosok yang baru.
1. Taburkan garam ke papan seterika anda
2. ON seterika pada suhu yang paling tinggi dan OFF kan stim.
3. Bila dah panas gosokkan seterika di atas garam tadi.
Apa yang berlaku ialah kotoran yang ada pada seterika akan melekat pada garam.
Selamat mencuba!
Esok dah nak kerja mummy dah gosok baju ke
😉
#SweetnCozy
#TipsQoutes
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
MANGGA BAIK UNTUK IBU MENGANDUNG

Selalunya wanita yang mengandung mengidam buah mangga. Rasa mangga yang lemak , manis dan sedikit macam boleh mengurangkan rasa loya si ibu.
Buah mangga kaya dengan Vitamin C. Ia bagus untuk mengawal pencernaan anda dan mengurangkan risiko sembelit
Selain daripada itu mangga juga mengandungi banyak khasiat seperti Vitamin A, Serat, Vitamin B6, Kalium, Iron dan juga Folat.
Folate memainkan peranan penting semasa mengandung dan doktor anda mungkin telah memberikan anda pada suplemen folat.
• Kekurangan folate boleh menyebabkan kecacatan otak dan tulang belakang pada bayi.
• Ia amat penting untuk mempunyai jumlah folat yang mencukupi semasa mengandung.
• Folat membantu pembentukan sel darah merah dan DNA.
• Ia juga membantu dalam berfungsi sistem jantung.
Kulit mangga pula di percayai sangat berkhasiat.
Ia kaya dengan mangiferin, norathyriol, resveratrol, and quercetin iaitu anti oksidan yang membantu sebagai ejen anti penuaan, dan mencegah kanser.
Ia juga di percayai dapat membantu mengurangkan kadar gula dalam darah, kolesterol dan dapat menurunkan berat badan.
Jadi kalau nak makan kulit mangga pastikan mangga yang organik ya atau tanam sendiri pokok mangga. Takut pulak ada banyak bahan kimia .
#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh








