CUKA EPAL MEMBANTU KEPUTIHAN

 

Jika anda menghadapi masalah keputihan boleh amalkan cuka apple.
 
Asid semulajadi dalam cuka epal boleh digunakan sebagai ubat untuk ketidakseimbangan dalam pH vagina.
 
Kandungan dalam cuka epal memberi makan bakteria flora vagina yang sihat, dan sebagainya membantu melawan mikroorganisma berbahaya.
 
Sebaliknya, ciri antikulat dan antimikrobanya membantu mengawal bau dan keputihan
 
 
CUKA EPAL MEMBANTU KEPUTIHAN
 
1. Bancuhkan setengah cawan cuka epal di dalam air mandi anda.
2. Kemudian, basuh kawasan intim anda.
3. Buat dua kali sehari selama sekurang-kurangnya seminggu.
 
 
Jika anda menghadapi keputihan yang agak teruk seila berjumpa dengan doktor.
 
 
Sila LIke & Share
Moga dapat membantu
 
#TipsQoutes
#SweetnCozy
#PadKain
#ClothPadMalaysia
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain

ADAKAH KEPUTIHAN ITU NORMAL?

 

Ramai wanita masih tertanya-tanya adakah keputihan itu normal atau tidak.

Dari segi warna dapat memberitahu kita adakah ia normal atau masalah serius dan perlukan rawatan.
.
.

1. PUTIH
Pekat dan berwarna putih adalah keputihan yang normal.
Jika anda rasa gatal-gatal mungkin ia di sebabkan oleh jangkitan yis.

2. KUNING
Keputihan yang berwarna kuning adalah keputihan yang tidak normal.
Ia tanda jangkitan bakteria atau jangkitan penyakit kelamin.

3. Cokelat
Warna cokelat mungkin disebabkan kitaran haid yang tidak teratur.
Jika selalu terjadi ia juga mungkin salah satu tanda kanser servik.

4. Hijau
Keputihan yang berwarna hijau adalah tidak normal dan tanda jangkitan bakteria.
Ia juga tanda-tanda jangkitan penyakit kelamin.
.
.

Warna keputihan yang di anggap normal adalah berwarna putih tanpa rasa gatal-gatal dan tanpa bau.
Jika anda mengalami keputihan yang berwarna, rasa tak selesa dan ada berbau sila berjumpa dengan doctor untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Pakai seluar dalam daripada material cotton atau bamboo kerana lebih “breathable”. Ia dapat mengelakkan kelembapan di bawah sana yang boleh menyebabkan yis membiak.

Jika anda sedang period kerap tukar pad atau bertukar kepada pad kain.

Moga dapat memberi panduan untuk wanita

#TipsQoutes
#SweetnCozy
#PadKain
#ClothPadMalaysia
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain

KENAPA ANDA MERASA SAKIT DI BAWAH “SANA”

 
Vagina adalah bahagian badan wanita yang paling sensitif dan paling perlu di jaga dengan baik.
Ada banyak sebab kenapa ia sakit tanpa mengira usia dan mungkin sesuatu yang agak serius.
.
.
.
1. KEKERINGAN VAGINA
Kekeringan vagina bukan sahaja di alami oleh wanita yang pra menopaus tetapi ada juga yang terjadi pada usia muda.
 
Antara sebab kekeringan vagina adalah kesan sampingan semasa mengambil pel perancang keluarga.
Hormon Estrogen menjadi rendah dan menjadikan vagina kering.
.
.
 
2 . JANGKITAN YIS
Jangkitan Yis tidak menyebabkan rasa sakit pada vagina tetapi ia menyebabkan kekeringan dan gatal.
 
Ia disebabkan oleh yis yang dikenali sebagai Candida. Di anggarkan seramai 8 daripada 10 orang akan di jangkiti Candida.
.
.
 
3. ENDOMETRIOSIS
Sekiranya anda rasa sakit dan cramp yang teruk, sakit dia bahagian bawah perut dan kaki sebelum nak period anda mungkin ada masalah endometriosis.
 
Endometrosis ialah lapisan tisu yang sepatutnya berada di dalam rahim, tetapi ia berada di luar rahim.
Ia mengalami proses sama untuk terjadinya period tetapi di bahagian luar rahim.
 
 
Jumpa doktor untuk mendapatkan pendapat yang lebih pakar jika rasa sakit yang berpanjangan.
.
.
.
 
#TipsQoutes
#SweetnCozy
#PadKain
#ClothPadMalaysia
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain

PETUA ATASI PERIOD TERLALU BANYAK


Halia adalah bahan yang paling mudah untuk di gunakan dalam mengatasi masalah semasa period. Ini termasuklah masalah darah period yang terlalu banyak.

Ia dapat membantu mengawal pendarahan yang berlebihan, mengurangkan bengkak dan masalah perut kembung.  Selain daripada itu kandungan halia juga dapat membantu mengurangkan kekejangan atau cramp.

TEH HALIA UNTUK KURANGKAN PENDARAHAN

  1. Buangkan kulit halia dan potong ke dalam kepingan kecil.
  2. Rebus air dan masukkan kepingan halia ke dalam air mendidih.
  3. Biarkan mendidih sehingga air menjadi berwarna emas dan kemudian tapis.

Tambah beberapa sudu teh madu dan minum dua kali sehari untuk menjaga pengawalan menorrhagia.

Perhatian
Ini hanyalah petua sahaja dan jangan gunakan halia yang terlalu banyak jika anda mempunyai masalah perut atau gastrik.
Jika pendarahan anda terlalu banyak segera berjumpa dengan doctor untuk pemeriksaan lanjut.

#TipsQoutes
#PadKain
#ClothPadMalaysia
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain

ADAKAH MERBAHAYA JIKA ADA KETULAN DARAH SEMASA PERIOD?

 
Darah period ada berbeza-beza warna. Kebanyakkanya warna merah dan cokelat.
 
Darah merah selalunya pada awal period di mana darah keluar dengan cepat. Apabila darah sudah perlahan darah period terdedah kepada udara dan bertukar kepada warna cokelat.
Ia juga bergantung kepada lapisan dan tisu di dinding rahim anda.
 
.
PUNCA KETULAN DARAH PERIOD
.
.
 
Ketulan darah disebabkan oleh “contraction”.
Semasa anda mengalami kekejangan atau cramp , rahim anda mengalami contraction seperti wanita yang sedang hendak bersalin.
 
Semasa period lapisan darah tebal di dinding rahim anda menipis. Antikoagulan akan di lepas kan dan memecahkan darah didinding sebelum mengalir keluar.
 
Apabila Contraction berlaku dengan sangat kerap, darah di pecahkan dengan cepat dan antikolugan tidak ada masa yang cukup untuk memecahkan darah. Inilah yang menyebabkan ketulan darah.
 
Jadi jangan risau jika ada ketulan darah semasa anda period.
Tapi jika terlalu darah terlalu banyak setiap bulan pergi berjumpa dengan doktor untuk dapatkan nasihat daripada pakar.
 
 
Moga hari-hari period menjadi lebih #teruja dan #selesa.
Amin
 
 
Moga memberi manfaat
 
#TipsQoutes
#PadKain
#ClothPadMalaysia
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain

UBAT JERAWAT BANYAK BAHAN KIMIA?

JOM CUBA ATASI JERAWAT DENGAN CARA ALAMI.

Aloe vera memang sudah terkenal dengan khasiatnya mengatasi masalah kulit. Ini kerana ia mengandungi :

1. anti-bakteria
2. anti-inflamasi
3. astringent
4. inhibitor rasa sakit
5. agen untuk mengurangkan parut luka
6. dapat merangsang pertumbuhan sel membantu mengatasi masalah jerawat
.
.
.

MASKER ALOE VERA & LEMON

1. Ambil daun Aloe Vera yang masih segar dan ambil gel di bahagian dalam. kemudian kisar dengan blender sehingga halus.

2. Tambahkan beberapa titis jus lemon. Dan simpan di dalam peti ais.

3. Sapukan masker Aloe Vera di muka setiap malam sebelum tidur. Biarkan semalaman.

4. Bersihkan muka dengan air yang bersih pada esok pagi.

5. Amalkan sehingga hilang jerawat

Terima kasih kerana LIKE & Share
Moga memberi manfaat

#TipsQoutes
#PadKain
#ClothPadMalaysia
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain

ARRRRH …..JERAWAT!

Kenapa masa nak period tumbuh jerawat ?

 
Tahap hormone progesterone yang tinggi sebelum period adalah penyebab kenapa banyak jerawat yang tumbuh.
Hormon ini meningkatkan pengeluaran minyak kelenjar dan menyebabkan tersumbat di puri kulit.
 
 
 
Apa yang anda perlu buat
 
1. Gunakan pembersih muka yang lembut.
Jangan scrub muka, toner atau tisu lembap kerana anda hendak menghilangkan minyak yang jahat tapi masih kekalkan minyak yangbaik pada muka.
Dalam erti kata yang lain jangan membersih secara berlebih-lebihan.
 
2. Jangan kerap sentuh kulit muka
Basuh tangan dulu sebelum memengang kulit muka atau memakai make up.
Bakteria dan kotoran di tangan juga boleh menyebabkan kulit tumbuh jerawat
 
3. Bersihankan Handphone anda
Mungkin anda tak perasan BFF iaitu handphone boleh menjadi punca jerawat.
Skrin Handphone anda ada banyak kuman dan bakteria. Ini boleh menyebabkan bahagian rahang muka dan dagu tumbuh jerawat.
 
Jom kita amalkan kebersihan untuk mengelakkan jerawat dan amalkan pemakanan yang sihat untuk hormone yang seimbang.
 
 
Moga memberi manfaat
 
#TipsQoutes
#PadKain
#ClothPadMalaysia
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain