Selalunya bila kita pikir kain kalau kena darah mesti susah basuh kan.
Tapi pad kain SweetnCozy tak gunakan kain cotton yang mana kalau kena darah memang susah nak basuh.
Fabrik yang kita gunakan ialah fabrik Minky yang lembut dan susah nak ada stain. Bila susah nak ada stain jadi masa mencuci lebih senang dan cepat, lagi special boleh jer campak dalam mesin basuh.
.
.
.
Cara membasuh Pad Kain :
1. Bilas dan gosok perlahan di bawah aliran air paip sehingga bersih.
2. Jika ada kesan degil, rendam dengan air garam atau air sabun.
3. Basuh seperti biasa dengan sabun. Selepas bilas bersih, basuh dengan tangan atau dengan mesin basuh.
.
.
.
PERHATIAN
1. JANGAN basuh dengan air panas, kerana akan melekatkan lagi darah Pad Kain
2. JANGAN gunakan Pelembut (Softener) kerana akan mengurangkan daya serapan Pad Kain
3. JANGAN gunakan berus & peluntur (bleach) kerana akan memendekan jangka hayat Pad Kain
Jemur di bawah matahari adalah baik berbanding dengan menggunakan dryer.
Matahari juga berfungsi sebagai ejen peluntur semulajadi yang dapat menghilangkan “stain” pada pad kain.
Minyak pati selamat di gunakan oleh wanita yang mengandung.
Asalkan anda sihat dan menggunakan minyak pati yang berkualiti dan asli.
Apabila minyak pati meresap ke dalam badan anda, ia sama berfungsi seperti ubat kerana molekul minyak pati adalah sangat halus dan mungkin boleh di resap oleh bayi.
Setakat ini tiada lagi kajian tentang minyak pati terhadap perkembangan bayi di dalam kandungan.
Jadi lebih baik kita mengambil langkah berjaga-jaga.
1. Hanya gunakan 1 titis minyak pati dalam satu-satu masa
2. Cuba tidak menggunakan 1 jenis minyak pati dalam jangkamasa yang lama
3. Gunakan nisbah 1 titis minyak pati : 5ml minyak asas
4. Gunakan minyak pati selepas trimester yang pertama
MINYAK PATI LAVENDER
Dapat membantu melegakan sakit, rasa tak selesa dan bengkak.