SweetnCozy @ Natural Bazar 2018

Natural Bazar 2018 yang akan diadakan pada 29 September 2018 bertempat di Bangi Gateway adalah dianjurkan oleh kelab Natural Advocates.

Kelab Natural Advocates adalah merupakan kelab Non Profit dan sentiasa berusaha membantu peniaga barang semulajadi tempatan untuk memasarkan produk dan barangan mereka di satu tempat dan mengumpulkan “natural product lovers” bersama sama di bawah satu bumbung.

#naturalbazar2018 berkonsepkan go green dan healthy lifestyle.
1. Wajib bawa reusable bags untuk shopping

Jom bersama-sama SweetnCozy di Natural Bazar 2018 dan dapatkan tawaran yang istimewa!!

NURSING PAD ATAU PELAPIK MENYUSU KAIN BOLEH BASUH

 
Nursing Pad SweetnCozy sangat istimewa kerana menggunakan fabrik Bamboo Velour yang sangat lembut & anti bakteria.
 
Lapisan Microfibre mampu menyerap dengan banyak dan ada lapisan anti-bocor supaya mommies kekal kering dan tak perlu risau kebasahan.
Bentuknya yang berkontur sesuai dengan bentuk payudara dan tak bergerak semasa di pakai.
 
Nursing Pad SweetnCozy juga di lengkapkan dengan tali untuk senang menjemur selepas di basuh.
.
.
 
Nursing Pad SweetnCozy #SENANG di basuh dan boleh di pakai berulang kali.
.
 
 
Belian Online :
 
#SweetnCozy
#NursingPad
#BreastPad
#PadKain
#ClothPad
#PadKainModen
#ClothPadMalaysia

TER “EKSIDEN” HENDAK KE TANDAS?

 
Terkucil atau masalah kawalan buang air kecil (Incontinence) selalunya terjadi bila seseorang semakin berumur atau mengandung.
 
Wanita yang mengalami masalah ini boleh terkucil bila batuk, bersin, ketawa, bersenam, mengangkat bebanan dan melakukan aktiviti yang berat.
 
Melahirkan anak dan menjalani sesetengah pembedahan boleh melemahkan otot lantai pelvik (otot di bawah pundi kencing) menyebabkan terkucil bila bahagian abdomen mengalami tekanan. Kedaan ini selalunya berlaku pada perempuan yang masih muda.
 
Antara punca punca terkucil ialah :
 
– Setelah melalui bersalin
– Menopaus
– Berat badan berlebihan
– Tahap estrogen rendah
– Pernah menjalani pembedahan pelvik
– Kerap mengandung
 
Senaman Kegel boleh membantu masalah terkucil atau dapatkan nasihat Doktor jika masalah agak serius

Cloth Pad untuk Yang Bekerja

Cara memakai Cloth Pad
1) Lipatkan bahagian “wing” ke luar seluar dalam dan butangkan supaya cloth pad tidak bergerak.
2) Di galakkan menukar setiap 3-4 jam mengikut “flow” anda supaya anda sentiasa selesa.
Atau jika anda mempunyai Heavy Flow dan pada kebiasaanya menukar setiap 2 jam, maka tukar setiap 2 jam mengikut kebiasaan.
3) Elakkan seluar dalam yang longgar supaya Cloth Pad tidak bergerak dan mungkin akan kebocoran.

Cara menyimpan Cloth Pad yang kotor semasa waktu bekerja atau di luar.
1) Bilas sedikit atau basahkan pad yang kotor supaya darah tidak menjadi kering dan akan susah di basuh
2) Lipatkan pad dan kemudian simpan didalam wet bag / waterproof bag / plastik bag
3) Cuci seperti biasa di rumah.

Cara mencuci Cloth Pad
1) Ia mudah di cuci kerana material Minky tidak meninggalkan kesan darah. Hanya perlu gonyoh dengan air paip biasa sehingga air bilasan bersih. Jika terdapat kesan darah boleh di rendam dengan air garam atau air sabun. Kemudian basuh seperti biasa dengan tangan atau boleh di basuh dengan mesin basuh.
2)  Cloth Pantyliner untuk kegunaan harian (tiada darah) boleh di basuh seperti pakaian biasa.

JANGAN basuh dengan air panas, kerana ia akan melekatkan lagi darah pada kain
JANGAN gunakan peluntur (bleach) Pelembut (Softener)
JANGAN gunakan berus kerana akan memendekan jangka hayat Cloth pad

Ingin mencuba tapi masih tak yakin dan takut bocor?
1) Cubalah pantyliner dahulu atau pun semasa bukan heavy flow.
Atau
2) Jika anda bekerja, pakai cloth pad semasa di rumah atau hujung minggu
3) Jika anda sudah serasi dan yakin pakai lah Cloth Pad seperti biasa

Selamat bertukar pada yang lebih selesa

Click untuk memilih Cloth Pad anda

Adakah anda tahu tentang pad pakai buang?

Memakai pad pakai buang untuk jangka masa yang panjang boleh menjadi sangat berbahaya kerana  ia diperbuat daripada bahan sintetik yang menghalang kelembapan dan suhu. Ini  mengakibatkan pertumbuhan yis dan bakteria.

Jika anda tidak menukar pad atau tampon anda dalam 4 jam, ia juga boleh menyebabkan Sindrom Kejutan Toksik kerana petumbuhan bakteria staphylococcus aureus yg terlalu cepat  dalam faraj. Dalam kes yang teruk ia  boleh membawa kepada kematian.

Kajian terbaru menunjukkan  tampon , tuala wanita dan Feminine wash yang mengandungi wangian (Scented) tidak membantu menghilangkan  bau yang tidak menyenangkan, tetapi sebaliknya ia menyebabkan bau yang lebih teruk lagi. Campuran darah dan wangian  tidak akan membantu menghilangkan bau  bahkan akan menyebabkan kerengsaan kemerahan dan gatal-gatal, yang membawa kepada jangkitan yis.

Oleh kerana ia adalah kawasan yang gelap, panas, dan lembap, risiko untuk pertumbuhan bakteria yis adalah hampir dua kali ganda daripada biasa.

Sumber :
http://www.everythingwithinn.com/are-you-sure-about-sanitary-pads/
http://www.onlymyhealth.com/health-slideshow/shocking-facts-you-didnot-know-about-tampons-and-ultra-thin-sanitary-pads-1446813011.html