YEY! COTTON PANTIES DAH RESTOCK

Yang dah lama ternanti-nanti tu cepat cepat grab ya.
Jangan nangis kalau tak dapat tau

Yang belum cuba, jangan menyesal.
Ramai yang dah jatuh cinta tau.

Cotton Panties
Ukuran
Pinggang +-30cm
Pinggul +-36cm
Tinggi +-30cm

 

APA SEBENARNYA JERAGAT?

 Kulit anda mendapat warna dari sel penghasil pigmen yang dikenali sebagai melanocytes. Ia menghasilkan melanin yang memberikan warna pada kulit
 
Apabila melanocytes rosak, atau tidak sihat, ia mula menghasilkan melanin yang berlebihan di kawasan tertentu, menyebabkan kawasan tersebut menjadi gelap iaitu jeragat.
APA YANG MENYEBABKAN JERAGAT TERJADI
 
1. Pendedahan yang berlebihan kepada matahari.
2. Kerosakan kulit akibat kecederaan.
3. Perubahan hormon.
4. Reaksi alergi.
5. Genetik.
YOUGURT MEMBANTU ATASI JERAGAT
 
Yogurt mengandungi asid laktik yang membantu mengelupas kulit anda dengan cara yang lembut dan memperlahankan proses melanocytes
 
Ambil 1 sudu besar Yougurt perisa asli dan sapukan di bahagian jeragat.
Biarkan selama 20 minit dan bilas.
 
Buat 2 kali seminggu
 
Dan jangan lupa pakai sunblock atau kurangkan aktiviti yang terdedah pada matahari ya.
 
Selamat mencuba
 
#SweetnCozy
#TipsQoutes
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
 

TAK SEMUA ORANG SESUAI PAKAI PAD KAIN All-in-2 SweetnCozy


Eh Betul ke ni?
Habis tu siapa yang sesuai pakai pad kain All-in-2 ni?
Saya sesuai ke tak ya?

Setiap wanita mempunyai aliran yang berbeza-beza.
Ada yang biasa, ada yang ringan dan ada yang mempunyai aliran yang berat.

Nak cari pad yang sesuai dengan aliran berat tu yang susah.

Pad Kain All-in-2 boleh menyerap dengan banyak.
Secara keseluruhanya ada 4 lapisan fabrik serapan.
Iaitu 3 lapisan fabrik bamboo fleece dan 1 lapisan lapisan zorb.
Dan ada lapisan anti-bocor jadi sis tak perlu risau bocor.
SIS SELALU SANGAT TUKAR PAD?
Tiap kali pergi toilet mesti nak tukar pad.
Rasa tak best pakai pad lama-lama.

Kalau selalu tukar pad, sehari lebih 7 kali sehari.
Banyak juga nak labur duit kat pad pakai buang tu kan.

Dengan Pad Kain All-in-2 SweetnCozy, sis cuma perlu tukar Foldover soaker saja jika dh penuh.

Atau kalau masih tak penuh tapi dah tak selesa, hanya perlu alihkan lipatan bawah ke atas.
Jadi pad dalam keadaan bersih walaupun tak tukar pad.

.
.
SUSAH HATI KALAU PAD TAK BASUH BERSIH
Betul ke dah bersih?
Eh was was pulak jadinya

Dengan Foldover soaker, sis boleh tengok sendiri dah betul-betul bersih atau tak.
Jadi tak perlu lah risau ya.


2 PAD KAIN DALAM 1!
HEBAT SANGAT NI!

Kalau dah 2 jenis pad kain dalam 1 mestilah lagi jimat kan.
Hanya pakai Cover pad saja semasa aliran sederhana.
Pakai cover bersama Foldover Soaker semasa aliran berat.

Mudah kan.

.
.
Ada 7 pilihan warna dan dapatkan set Pad Kain Ai2 dan juga set Soaker dengan harga istimewa.

Dapatkan sekarang dengan klik WhatsApp : http://sweetncozy.wasap.my

#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKainBolehBasuh

SET PROMO PANTYLINER

PANTYLINER SweetnCozy

Sesuai untuk kegunaan harian dan juga masa aliran ringan di akhir-akhir kitaran haid.

KENAPA WAJIB TUKAR KEPADA #PADKAIN?

+ Pad Kain LEBIH LEMBUT dan selesa macam pakai underwear sj.
+ Pad Kain LEBIH BREATHABLE & bantu kurangkan masalah bau, jangkitan kulat & keput!han
+ Pad Kain tak ada masalah bocor kerana ada lapisan Anti-Bocor.
+ Pad Kain LEBIH JIMAT kerana boleh dipakai lebih 5 tahun
+ Pad Kain SENANG DI BASUH dan cepat kering.
+ Pad Kain LEBIH CANTIK sebab ada pilihan warna & corak
NAK TUKAR KEPADA YANG LEBIH SELESA?

Sekarang kita ada promosi untuk sis!
Harga yang sangat istimewa


SET PROMO PANTYLINER
4 x Pantyliner
1 x Mini Wet Bag
*Random Print

HANYA RM 79.00 saja
Jimat RM 33.00

PROMO SAH dari 20 September hingga 10 Oktober 2017
atau selagi stok masih ada.

FACE MASK UNTUK YANG BERTUDUNG

 
Face Mask SweetnCozy ada 2 pilihan samada dengan tali atau pun getah.
 
Pada kebiasaannya mereka yang bertudung lebih senang memakai Face Mask dengan tali.
 
Ia senang untuk di ikat atau buka daripada bahagian luar tudung.
 
Face Mask dengan getah pula sesuai untuk kanak-kanak, lelaki atau mereka yang tidak memakai tudung.
 
Kita ada LEBIH DARIPADA 30 CORAK pilihan untuk face mask kanak-kanak!
Untuk dewasa pun ada banyak corak juga ya
 
 
#SweetnCozy
#FaceMask
#TopengMuka
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita

CARA MEMILIH SELUAR DALAM YANG BETUL

Memilih seluar dalam yang betul ada lah penting sama seperti memilih baju yang sempurna untuk di pakai.

Tetapi ramai yang anggap ni perkara kecil, asalkan saiz yang betul . OK!
Lagi pun di bahagian dalam bukan ada orang nampak pun.

Ada banyak jenis seluar dalam di pasaran seperti BIKINI, HIPHUGGER, THONG, BOY SHORTS dan BRIEFS.

 

Antara 5 jenis ini potongan seluar dalam BRIEFS yang paling selesa dan biasa di pakai oleh wanita dan pada semua peringkat umur.

Ia kerana jenis meliputi kawasa belankang dan sesuai dengan banyak jenis bentuk badan.

 

Memilih jenis fabrik yang betul juga penting.
Pilih la fabrik kapas atau bamboo kerana fabrik ini lembut dan menyerap peluh. Sesuai dengan cuaca di tempat kita.

Fabrik kapas dan bamboo juga sangat “breathable’.
Ini bermakna tiada kelembapan terperangkap dan boleh mengelakkan masalah jangkitan bakteria dan yis.

 

Ukur bahagian pinggang dan pinggul.
Pastikan saiz seluar dalam sesuai dengan saiz badan.
Jangan pakai terlalu ketat.

Jika memakai seluar dalam yang terlalu ketat akan merengsakan kuli dan melecet kerana tergeser.
Ia juga menyebabkan kulit berpeluh.

Seluar dalam yang ketat juga akan menampak benjolan lemak yang tak sedap di pandang.

Terima kasih kerana LIKE & SHARE

 

RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN

Ramai ibu-ibu lepas bersalin alami masalah rambut gugur. Orang tua-tua kata bila bayi bila dah pandai menyembur air liur jadi sebab rambut ibu gugur.

Hmmm betul ke ya?

Salah satu cara untuk mengatasi masalah rambut gugur ialah dengan menggunakan Aloe Vera atau Lidah Buaya.

Selalunya kita dengar Aloe Vera bagus untuk kulit aja kan.

Aloe Vera berfungsi membantu kulit kepala yang rosak menjadi lebih sihat dan membantu sel rambut.

Aloe Vera  juga membantu membersihkan sebum, minyak di kulit kepala  yang tersumbat folikel dan menghalang rambut daripada tumbuh semula.


CARA-CARA

1. Potong  daun Aloe Vera.  Letakkan  daun Aloe Vera menegak untuk mengeluarkan getah kuning.
2. Bersihkan daun Aloe Vera dan ambil pulpa (isi)
3. Basuhkan rambut  dan gosokkan pulpa Aloe Vera  ke kulit kepala dan urutkan dalam gerakkan bulat
4. Biarkan 15 minit dan bilas dengan air sejuk
5. Buat 3 kali seminggu. Sebaik-baiknya di waktu pagi.

Aloe vera memainkan peranan penting dalam seimbangkan tahap pH kulit kepala dan rambut. Ia dapat meresap jauh ke dalam kulit kepala dan rambut dan dapat menggalakkan pertumbuhan rambut.

Hati-hati dengan getah kuning Aloe Vera kerana ia  mengandungi toksin, dan boleh merengsakan kulit .

#SweetnCozy
#TipsQoutes
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain