Kenali jenis-jenis hormon wanita

 

Hormon Estrogen

Hormon estrogen ialah horman wanita yang paling utama. Ia berfungsi membentuk organ kewanitaan seperti payudara, sistem reproduksi dan vagina. Ia juga dapat meredakan stress

Hormon estrogen ini selalunya meningkat pada masa haid. Ia membantu melancarkan aliran darah dalam tubuh dan meningkatkan mood . Biasanya wajah jadi lebih bersih, mood menjadi positif, dan meningkatnya semangat serta lebih bertenaga.

Hormon Progesteron

Hormon ini biasanya meningkat beberapa hari selepas haid berakhir dan memuncak pada 1 minggu  sebelum haid. Progesterone membentuk sel endometrium pada dinding rahim sehingga dinding rahim menebal untuk persediaan masa subur & mengandung.

Hormon ini menstabilan tubuh secara menyeluruh, iaitu pembuluh darah,  metabolisme, pembakaran lemak serta gula, dan termasuk otak dan jantung.

Hormon Testosteron

Hormon testosterone adalah hormon lelaki tetapi terdapat juga dalam wanita dalam kuantiti yang sikit. Walaubagaimanapun hormon ini berperanan besar dalam sistem repdoduksi wanita. Hormon ini di hasilkan sebelum haid sehingga  1-2 hari semasa datang haid. Ia sebagai tanda tiada persenyawaan berlaku.

Hormon ini berperan paling besar untuk meningkatkan libido wanita yang biasanya muncul pada hari-hari menjelang haid, juga membantu proses pelepasan  dinding rahim pada awal haid. Hormon ini kerap dianggap lawan dari estrogen, biasanya hormon ini mendorong pembentukan  otot dan penghasilan adrenalin dan membuatkan seseorang lebih kompetitif.

Peningkatan hormon ini kerap disertai penurunan estrogen dan progesteron yang menyebabkan mood swing, nafsu makan meningkat, sakit kepala, dan jerawat.

Sumber:
https://www.deherba.com

Gambar:
https://essentialnutrition.com.br

 

#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh