BLOOM SERIES – Corner Bookmark






BLOOM SERIES CORNER BOOKMARK
Koleksi sentuhan sulaman tangan yang comel, praktikal, dan menawan.






BLOOM SERIES CORNER BOOKMARK
Koleksi sentuhan sulaman tangan yang comel, praktikal, dan menawan.

#plasticfreejuly adalah kempen yang bermula di Australia oleh Plastic Free Foundation tetapi kini berjuta-juta orang dari seluruh dunia turut sama menyertai kempen ini.
Kempen ini adalah bertujuan untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali-guna atau single-use plastics dan bebas daripada longgokan sampah yang berpunca daripada plastik.
Plastik mengambil masa sehingga 1000 tahun untuk lupus atau ada juga yang tidak akan lupus sepenuhnya. Akhirnya ia akan menjadi sisa di saluran air kita dan mencemarkan sumber air serta merosakan hidupan laut.
Perubahan kecil yang kita ambil dapat memberi manfaat dan menjaga alam kita.

Pad Pakai Buang
90% pad pakai buang diperbuat daripada plastik.
Sebilangan besar pad pakai buang dibuang ke dalam tandas dan menyekat paip pembentungan.
Pad pakai buang bukan saja memberi kesan kepada alam sekitar tetapi ia
antara punca kerengsaan pada kulit.

Beg Plastik
10 juta beg plastik digunakan setiap minit di seluruh dunia dan hanya sekali guna.
Beg plastik sukar untuk dilupuskan, ia akan memecah menjadi plastik mikro kecil
dan kekal di alam sekitar.
Beg plastik yang tersumbat di dalam sistem saliran menyebabkan
pencemaran dan banjir kilat.

89 juta pelitup muka diperlukan setiap bulan di seluruh dunia.
Pelitup muka dan sarung tangan pakai buang
dibuang merata-rata mencemarkan sungai dan laut.
Mengancam hidupan laut yang tersalah anggap
sebagai makanan.

Straw plastik tidak biodegradable dan susah untuk dilupuskan.
Saiznya yang kecil lebih senang terhanyut ke sungai
yang akan mencemarkan perairan dan mengancam hidupan laut.
Ia akan memecah menjadi plastik mikro kecil dan
melepaskan bahan kimia ke dalam tanah, udara, dan air.
Bermula dengan langkah yang kecil, seperti bertukar kepada shopping beg kain, pad wanita kain dan pelitup muka kain.
Pilihlah menggunakan barangan yang boleh digunakan berulang kali kerana perubahan kecil yang kita ambil ini dapat memberi manfaat dan menjaga alam kita.

Ya, memang betul pad kain sama macam orang dulu-dulu. Ia sama dari segi bebas bahan kimia, bebas daripada kerengsaan dan lebih ‘breathable’.
Kain yang digunakan juga sangat lembut pada kulit dan senang dibasuh.
Dengan Pad Kain SweetnCozy lebih selesa, tidak perlu risau kebocoran, senang dibasuh dan boleh dipakai-basuh sehingga 5 tahun.

Ada yang kata semua pad kain sama tapi kenapa harga berbeza-beza. Mungkin dari segi pandangan luaran pad kain itu menggunakan material yang sama tapi lapisan dalam pad kain ialah berbeza.
Pad Kain SweetnCozy menggunakan kain bamboo dan juga ZORB untuk serapan yang maksima dan kekal nipis. Hasil kerja tangan juga berbeza beza dan kami mementingkan kekemasan setiap keping pad kain SweetnCozy.
MINKY – Lapisan atas yang bersentuhan kulit
Kain Minky memang sudah dikenali sangat lembut dan senang di basuh tidak meninggalkan kesan darah
Bamboo Fleece – lapisan serapan
Kain Bamboo yang di proses daripada buluh mampu menyerap lebih 40% berbanding kain cotton dan antibakterial
ZORB – lapisan serapan
Zorb boleh menyerap 20x lebih cepat berbanding kain kapas dan menyerap 10x ganda daripada saiznya sendiri dalam 2 saat
PUL – Lapisan anti-bocor
Setiap pad kain SweetnCozy ada lapisan anti-bocor supaya anda bebas melakukan kerja-kerja harian tapi risau kebocoran.
Kain Cotton Bercorak – Lapisan belakang
Koleksi Pad Kain SweetnCozy memastikan ada banyak pilihan corak-corak yang menarik. Biasa lah perempuan ada banyak citarasa.
www.sweetncozy.com.my
FACE MASK KAIN SWEETNCOZY ada 2 pilihan untuk dewasa dan untuk kanak-kanak.
Getah telinga yang sangat lembut dan di tambah dengan stopper supaya lebih senang dilaraskan mengikut saiz muka.
Mask yang bertali sesuai untuk yang bertudung.
Bukan kanak-kanak aja yang nak pakai face mask yang kiut miut kan.
Sis pun boleh pilih corak yang kiut miut ni dengan Face Mask SweetnCozy.
Untuk yang bertudung pula boleh pilih yang bertali lebih senang untuk di pakai.

Normal Baharu
1. Pakai face mask
2. Sentiasa menjaga kebersihan dengan hand sanitizer atau pun kerap membasuh tangan
3. Jaga penjarakan sosial
Dapatkan koleksi terhad Face Mask Kanak-kanak Pink Hello Kitty & Doremon

Ramai kanak-kanak yang tidak mahu memakai topeng muka atau face mask kerana saiz yang terlalu besar dan material yang tak selesa. Face mask dengan corak-corak yang menarik akan dapat membantu untuk kanak-kanak lebih teruja dan ingin memakai face mask.

Sememangnya agak susah nak mencari face mask yang sesuai dengan saiz muka terutamanya untuk kanak-kanak.


Face mask SweetnCozy didatangkan dengan “stopper” untuk lebih senang di laraskan mengikut kesesuaian saiz muka.
Getah yang di gunakan juga sangat lembut dan tidak menyakitkan.
Face mask dapat berfungsi dengan baik apabila ia tertutup rapat pada muka. Kebiasaanya apabila saiz face mask tidak sesuai atau terlalu besar akan ada ruang terbuka dia bahagian pipi. Jadi pastikan tidak ada ruang terbuka antara face mask dan muka.
Pakailah face mask tidak kira samada pakai buang atau pun kain yang lebih penting ialah pakai daripada tidak memakai penutup muka.
#STAYSAFE
