Selalunya selepas memasak telur kita buang saja kulitnya kan.
Tapi sebenarnya kulit telur banyak khasiat. Ia mengandungi 760-800mgs kalsium.
Banyak kegunaan kulit telur daripada kecantikan sehinggalah dapat menyuburkan tanaman.
.
.
1. MASKER MUKA
Hancurkan kulit telur sehingga halus sehingga menjadi serbuk dan bancuhkan dengan putih telur. Sapukan di muka dan biarkan kering. Kemudian bilas.
Ia dapat menengangkan kulit dan sebagai anti – kedut.
.
2. RAWATAN UNTUK KULIT IRITASI/GATAL
Rendamkan kulit telur di dalam Cuka Epal (Apple Cider Vinegar) untuk beberapa hari. Tekapkan campuran ke kawasan kulit yang iritasi / gatal.
.
3. BAHAN PEMBERSIH YANG BERKUASA
Hancurkan kulit telur dan campurkan dengan sabun pencuci.
Basuh pada periuk dan kuali yang mempunyai kesan degil.
.
4. MENYUBURKAN TANAMAN
Kulit telur mengandungi kalsium dan mineral lain yang dapat membantu menyuburkan tanaman.
Hancurkan kulit telur dan taburkan di dalam lubang sebelum menanan pokok. Kemudian taburkan juga di keliling pokok.
.
.
Pastikan kulit telur di cuci bersih dan bebas bakteria.
Sekiranya anda tidak membasuh telur dengan teliti sebelum menggunakan, bakar kulit telur di dalam oven kira-kira 10 minit dengan kepanasan pada 150 darjah Fahrenheit.
TAK SELESA PAKAI GIRDLE, SUSAH NAK GI TOILET MALU LA ORANG TEGUR PERUT MACAM “3 BULAN”
.
.
.Memang susah nak cari panties yang selesa.
Kalau ada pun nampak perut pulak.
Kalau pakai yang nak nampak slim
susah nak gi toilet pulak.
.
.
Ini lah istimewanya Panties Cotton SweetnCozy.
SELESA DAN NAMPAK SLIM MELIM!
Tak caya dengan pakai panties je pun boleh nampak slim?
Betul! Ramai yang dah repeat order tau dan kita dan restok banyak kali.
.
.
Bukan saja ada saiz XL, saiz XXXL pun ada.
So mommies jangan kempunan tau kalau tak sempat grab ni.
Jadi dapatkan cepat-cepat takut menangis buncu katil nanti.
.
.
Betul ke jangka hayat pad kain boleh tahan dan di pakai lebih daripada 5 tahun?
Ramai yang agak terkejut bila dapat tahu pad kain boleh di pakai basuh selama 5 tahun atau lebih kalau di jaga betul.
Sama juga macam baju kita, kalau kita pandai jaga mesti la boleh bertahan lama kan.
.
.
.
Antara tips penjagaan pad kain adalah semasa mencuci dan menjemur.
1. PELEMBUT KAIN
Jangan gunakan pelembut kain atau softener kerana ia akan menyebabkan pad kain kurang menyerap dan mungkin juga boleh menjadi salah satu sebab anda akan dapat rashers.
.
2. PELUNTUR
Jangan guna peluntur kerana akan menghakis fabrik dan jangka hayat pad kain akan menjadi pendek
.
3. AIR PANAS
Bilas & cuci Pad Kain dengan menggunakan air paip biasa dan elakkan menggunakan air panas. Air panas akan menyebabkan darah susah untuk di cuci.
.
4. SABUN
Kurangkan sabun masa membasuh. Ramai yang gunakan sabun yang berlebihan daripada sepatutnya. Menggunakan lebih sabun tak bermakna ia semakin bersih. Sabun berlebihan akan melekat di fabrik dan menyebabkan pad kain kurang menyerap dan memendekkan jangka hayat pad kain.
.
5. JEMUR DI BAWAH MATAHARI
Jemur di bawah matahari adalah baik berbanding dengan menggunakan dryer.
Matahari juga berfungsi sebagai ejen peluntur semulajadi yang dapat menghilangkan “stain” pada pad kain.
Setiap wanita nak kan rambut yang lebat, hitam dan berkilau.
Tapi ramai yang mengalami masalah rambut gugur.
Antara sebab-sebab yang menjadi punca rambut tidak sihat dan gugur ialah :
1. faktor usia
2. Pemakanan yang tidak sihat dan kekurangan vitamin, mineral dan protin
3. Sistem imun yang lemah
4. Hormon tidak seimbang
5. Penggunaan produk penjagaan rambut yangtidak betul
6. Stress
7. Kekurangan berat badan yang mengejut
8. PCOS
.
.
.
DAUN KARI PELEBAT RAMBUT NATURAL
Bahan-bahan
– Segenggam daun kari segar
– 1/2 cawan minyak kelapa
1. Masukkan daun kari ke dalam minyak kelapa dan panaskan sehingga daun membentuk sisa hitam. Berhati-hatilah semasa berbuat demikian kerana daun boleh meletup-letup.
2. Selepas daun menjadi hitam tutupkan api. Biarkan ia sejuk dan tapiskan minyak.
3. Sapukan minyak ke kulit kepala dan rambut dan urut kulit kepala selama beberapa minit.
4. Biarkan selama sejam dan bilas rambut anda seperti biasa.
Ulang 2 kali seminggu dan lihat hasilnya.
.
.
Daun kari menggalakkan pertumbuhan rambut dan mengelakkan rambut beruban. Ia kaya dengan fosforus, besi, kalsium, vitamin A, dan vitamin C
Selamat mencuba.
Pucuk daun kari juga sedap di buat ulam dan banyak khasiatnya.