Blog

No-Bake Lactation Bites

Ramai  yang sudah tau Oatmeal dan madu dapat membantu menjadi booster menabahkan susu.
Bagi anda yang nak menambahkan susu dan nak cuba resepi yang sangat senang, jom kita cuba resepi ni

Bahan – Bahan

1 cawan Oatmeal kering
1/3 cawan Madu
1/2 cawan Peanut butter
1/2 cawan Flax Seed
1/2 cawan Chocolate chips
1 sudu makan Chia Seed
2/3 cawan Coconut flakes, toasted

1. Gaulkan semua bahan-bahan dan sejukan di dalam peti sejuk selama 10-20 minit
2. Bentukkan menjadi bebola kecil
3. Sedia untuk di makan. Senang aja kan

Selain daripada itu anda juga boleh ubah suai resepi mengikut selera anda seperti menambah buah kurma atau kekacang yang lain . Bukan saja khusus untuk ibu2 yang menyusukan tapi resepi ini juga untuk menambah tenaga dan sesuai untuk yang sedang berdiet

Sumber resepi & gambar
https://www.gimmesomeoven.com/no-bake-energy-bites

Kenapa perlu memilih Nursing Pad Kain?

Selalunya selepas menyusukan bayi atau mengepam, puting akan menjadi agak sensitif. Jadi perlu memilih Nursing Pad yang lembut supaya anda lebih selesa.

Ada Nursing Pad pakai buang di pasaran menggunakan material yang mengandungi bahan kimia dan plastik dan boleh menjadi salah satu sebab kulit menjadi sensitif.
4 sebab kenapa anda perlu memilih Nursing Pad Kain :

1. Lebih selesa
Fabrik bamboo velour yang sangat lembut dan anti bakteria

2. Lebih ekonomi
Boleh di pakai berulang kali sehingga bertahun-tahun

3. Lebih menyerap
Fabrik bamboo dan microfiber mampu menyerap dengan banyak

4. Lebih menarik
ada banyak pilihan corak & warna yang menarik

Kini Nusring Pad di perbaharui dengan tambahan perlindungan iaitu lapisan anti bocor supaya anda tidak perlu risau kebasahan semasa di pejabat atau aktiviti luar.

Dan terdapat tali untuk senang di gantung selepas di basuh.

Click : Contoured Nursing Pad

LEAKING BREAST ?

“Leaking Breast”  atau susu melimpah adalah tanda proses penyusuan berjalan dengan baik. Ia juga dapat membantu mengelakkan payudara menjadi bengkak. Kebiasaanya ia terjadi pada awal penyusuan iaitu beberapa minggu terawal selepas melahirkan bayi atau sehingga  beberapa bulan dan ada yang tidak mengalaminya langsung.

Selalunya ia terjadi di waktu pagi semasa penghasilan susu agak tinggi. Kebocoran di sebelah payudara saja terjadi apabila anda sedang menyusukan bayi. Dan di kedua2 belah payudara pula semasa tidak menyusukan.

3 sebab kenapa LEAKING BREAST

  1. Semasa anda menyusukan bayi
  2. Terdengar bayi anda sedang menangis atau anda sedang terfikir tentang bayi anda
  3. Semasa berada di tempat yang agak suam atau panas.

Susu melimpah mungkin membuatkan anda rasa  tak selesa terutama semasa bekerja atau di luar. Tapi sebenarnya ia adalah tanda badan anda menghasilkan susu yang banyak untuk si kecil .

Cara mengatasi

  1. Kerapkan penyusuan atau pump susu
  2. Gunakan nursing pad
  3. Bawa jaket dan pakai jika mula perasan susu sudah melimpah

 

 

Baharu! Nursing Pad SweetnCozy

Nursing Pad SweetnCozy sangat istimewa  kerana menggunakan fabrik Bamboo Velour yang lembut & anti bakteria sebagai lapisan yang bersentuhan dengan kulit dan bentuknya yang contoure menyebabkan anda lebih selesa. Fabrik microfiber pula mampu menyerap dengan banyak.

Kini Nursing Pad di perbaharui dengan tambahan perlindungan iaitu lapisan anti bocor supaya anda tidak perlu risau kebasahan semasa di pejabat atau aktiviti luar.

Dan terdapat tali untuk mudah di  gantung selepas di basuh.

Ada 6 pilihan corak yang menarik.

Jom bertukar kepada Alternatif yang selesa, menjimatkan dan bergaya

Period Panty V2

PERIOD PANTY – L
Waist 58cm Hip 64cm High 25cm
Bamboo Fabric

Price : RM 17.00/pc

PERIOD PANTY – XXXL
Waist 72cm Hip 78cm High 30cm
Bamboo Fabric

Price : RM 18.00/pc

Susah la nak basuh pad kain

Betul ke susah nak basuh pad kain?

Takde la. senang aja nak basuh pad kain.
Selalunya bila kita  pikir kain kalau kena darah mesti susah basuh kan. Tapi pad kain SweetnCozy tak gunakan kain cotton yang mana kalau kena darah memang susah nak basuh.

Fabrik yang kita gunakan ialah fabrik Minky yang lembut dan susah nak ada stain. Bila susah nak ada stain jadi masa mencuci lebih senang dan cepat, lagi special boleh jer campak dalam mesin basuh.

Cara membasuh Pad Kain :
1. Bilas dan gosok perlahan di bawah aliran air paip sehingga bersih.
2. Jika ada kesan degil, rendam dengan air garam atau air sabun.
3. Basuh seperti biasa dengan sabun. Boleh basuh  dengan tangan atau dengin mesin basuh

PERHATIAN

JANGAN basuh dengan air panas, kerana akan melekatkan lagi darah Pad Kain
JANGAN gunakan Pelembut (Softener) kerana akan mengurangkan daya serapan Pad Kain
JANGAN gunakan berus & peluntur (bleach) kerana akan memendekan jangka hayat Pad Kain

Ramai yang dah bertukar kepada Pad Kain Wanita

Ada 6 sebab kenapa ramai yang dah bertukar kepada Pad Kain Wanita

Sebab yang utama ialah kerana pad kain sangat selesa. Kebanyakannya mereka sebelum ini bila memakai pad pakai buang akan kena ruam, melecet dan gatal.  Ini akan sebabkan rasa tak selesa, moody, dan tak boleh fokus terutama masa di pejabat.

.
+ Pad Kain lebih lembut dan selesa macam pakai underwear saja.
+ Pad Kain lebih breathable & bantu kurangkan berbau, jangkitan kulat & keput!han
+ Pad Kain tak ada masalah bocor kerana ada lapisan anti bocor.
+ Pad Kain lebih jimat kerana boleh dipakai sampai 5 tahun
+ Pad Kain senang di basuh dan cepat kering.
+ Pad Kain lebih CANTIK sebab ada banyak pilihan warna & corak

Kami juga terima beberapa feedback dari pelanggan selepas menggunakan pad kain ialah tidak lagi ruam & melecet, kitaran haid teratur, tidak senggugut, hilang masalah keputihan.

Jom bertukar kepada Pad Kain Wanita yang lebih selesa, selamat dan jimat

Sekarang dapatkan promosi PERCUMA PERIOD PANTY V2 bernilai RM 17.00 dengan setiap pembelian Set Pad Kain

#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh