Blog

Corak Baru! Wet Bag

Beg yang istimewa ini terdapat lapisan PUL di bahagian dalam yang bertindak sebagai kalis air sesuai untuk menyimpan pad kain, lampin kain , make-up, toiletries, kain lap dan apa saja
Mempunyai 2 bahagian berasingan untuk menyimpan barangan yang bersih dan yang basah
 

Pad Kain dah pakai 3 tahun masih elok lagi

“Saya dah guna pad kain tu 3 tahun dah still elok lagi”
– Ustazah Aisyah, Selangor

Salah satu sebab kenapa ramai bertukar kepada pad kain ialah kerana ia boleh di pakai basuh berulang-ulang kali. Kebiasaanya jangka hayat pad kain boleh bertahan sehingga 5 tahun. Tapi kalau di jaga dengan betul ada yang boleh bertahan lebih daripada 5 tahun sehingga 10 tahun.

Jangka hayat pad kain bergantung kepada cara basuh, sabun yang di gunakan dan berapa kerap digunakan. Lagi banyak koleksi pad kain anda, lagi kurang “rotation” dan lagi panjang jangka hayat nya.

#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh

 

Mengapa bayi air liur meleleh

Amy Frazier, Shooting the Kids Photography Moment/Getty Images

Pada kebiasaannya bayi mula mengalami air liur meleleh pada umur 2 – 4 bulan.
Ramai yang sangka air liur meleleh ni sebab hendak tumbuh gigi. Tapi rupanya ada juga bayi yang tidak tahu cara untuk menelan air liur  dan dia tak ada gigi untuk menahan ai liur dari meleleh keluar.

Dengan memberi “teething” sebelum gigi tumbuh akan  menyebabkan  air liur semakin banyak dan akan merosakkan struktur pertumbuhan gigi.

Pakaikan Bib Baby dan pastikan dagu bersih dan kering untuk mengelakkan kerengsaan & ruam pada kulit.

Rumah Idaman Kekal Bersih

Setiap orang mesti ada rumah idaman. Tak kisah la sama ada rumah bungalow, teres atau pangsapuri yang penting ada rumah yang bersih dan selesa.
Rumah yang bersih dan selesa akan melahirkan suasana yang positif dan keluarga rasa seronok menghabiskan  masa bersama di rumah.
Kalau rumah kotor & berhabuk pun tak bagus untuk kesihatan.

Tips kekalkan kebersihan di rumah

SETIAP HARI

  • Bersihkan sinki
  • Kemas tempat tidur
  • Basuh pinggan
  • Buang sampah
  • Sapu atau vakum lantai
  • Bersihkan dapur selepas memasak
  • Basuh baju kotor


SETIAP MINGGU

  • Tukar cadar
  • Mop lantai
  • Bersihkan bilik air
  • Bersihkan cermin
  • Vakum sawang
  • Buang makanan yang dah “expired”

 


SETIAP BULAN

  • Bersihkan mesin basuh
  • Lap perabot,lampu & tombol pintu
  • Bersihkan bahagian dalam microwave & Oven
  • Bersihkan kabinet dapur
  • Cuci tong sampah

SETIAP 3-6 BULAN

  • Bersihkan Tingkap
  • Cek expiry date stok di dalam kabinet & peti ais
  • Asingkan pakaian yang hendak di repair dan pakaian yang sudah tidak di pakai untuk di dermakan