PAYUDARA BENGKAK SEMASA MENGANDUNG

 

.
.
 
Semasa mengandung tahap hormon jadi berubah dan menyebabkan aliran darah dan tisu di payudara berubah.
 
Ini menyebabkan payudara menjadi bengkak, sakit, menjadi lebih sensitif dan tak selesa.
 
Ada juga sesetangah wanita menganggap ia sebagai menyakitkan dan rasa tak selesa , rasa yang sama seperti seblum period tapi lebih sakit lagi.
 
Jika anda mengalami seperti ini pastikan pakai baju dalam atau bra yang selesa.
 
Boleh pakai bersama dengan Nursing pad SweetnCozy kerana ia sangat lembut dan lebih selesa.
 
 
Nursing Pad
Material : Bamboo Velour, Bamboo Fleece dan Anti-Bocor
Ukuran : +- 4.5″ x 4.5″
 
 
#SweetnCozy
#NursingPad
#BreastPad
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
 

“NURSING PAD SweetnCozy SELESA DAN MUDAH”

“NURSING PAD SweetnCozy SELESA DAN MUDAH”
– Pn Annazirin , Batu Caves
 
 
Basah di pejabat? Jangan risau.
In Sya Allah takde eksiden ‘basah’ sebab kita ada lapisan anti bocor di bahagian belakang.
 
Jadi kenapa perlu pakai yang pakai buang lagi.
Sedangkan kita ada pilihan yang lebih selesa dan jimat.
 
#SweetnCozy
#NursingPad
#BreastPad
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita

Bayi pun perlukan urut badan


Antara kebaikan mengurut bayi ialah :

1. Dapat mengeratkan ikatan antara bayi dan ibu bapa
2. Mengurangkan stress dan melegakan otot serta dapat merangsang pertumbuhan bayi
3. Merangsang pertumbuhan saraf bayi dengan meningkatkan kemahiran motor bayi
4. Membantu bayi tidur dengan lebih lena. Tidur yang lena dapat meningkatkan sistem imun bayi
5. Bayi Pra-matang menunjukkan perkembangan motor dan dapat menambah berat badan dengan cepat selepas di urut dengan konsisten.
6. Dengan mengurut dapat meningkatkan peredaran darah dan dapat membantu mengatasi ketidakselesaan yang disebabkan oleh gas , kesesakan, dan gigi.

Masa yang terbaik untuk mengurut bayi ialah semasa bayi tidak terlalu lapar atau tidak terlalu kenyang.

Bukan mommies je yang kena berurut ya. Bayi juga nak urut tau

#SweetnCozy
#PadKain
#ClothPad
#PadKainModen
#PadKainWanita
#PeriodPanty
#TipsQoutes

http://sweetncozy.wasap.my

 

 

Kenali jenis-jenis hormon wanita

 

Hormon Estrogen

Hormon estrogen ialah horman wanita yang paling utama. Ia berfungsi membentuk organ kewanitaan seperti payudara, sistem reproduksi dan vagina. Ia juga dapat meredakan stress

Hormon estrogen ini selalunya meningkat pada masa haid. Ia membantu melancarkan aliran darah dalam tubuh dan meningkatkan mood . Biasanya wajah jadi lebih bersih, mood menjadi positif, dan meningkatnya semangat serta lebih bertenaga.

Hormon Progesteron

Hormon ini biasanya meningkat beberapa hari selepas haid berakhir dan memuncak pada 1 minggu  sebelum haid. Progesterone membentuk sel endometrium pada dinding rahim sehingga dinding rahim menebal untuk persediaan masa subur & mengandung.

Hormon ini menstabilan tubuh secara menyeluruh, iaitu pembuluh darah,  metabolisme, pembakaran lemak serta gula, dan termasuk otak dan jantung.

Hormon Testosteron

Hormon testosterone adalah hormon lelaki tetapi terdapat juga dalam wanita dalam kuantiti yang sikit. Walaubagaimanapun hormon ini berperanan besar dalam sistem repdoduksi wanita. Hormon ini di hasilkan sebelum haid sehingga  1-2 hari semasa datang haid. Ia sebagai tanda tiada persenyawaan berlaku.

Hormon ini berperan paling besar untuk meningkatkan libido wanita yang biasanya muncul pada hari-hari menjelang haid, juga membantu proses pelepasan  dinding rahim pada awal haid. Hormon ini kerap dianggap lawan dari estrogen, biasanya hormon ini mendorong pembentukan  otot dan penghasilan adrenalin dan membuatkan seseorang lebih kompetitif.

Peningkatan hormon ini kerap disertai penurunan estrogen dan progesteron yang menyebabkan mood swing, nafsu makan meningkat, sakit kepala, dan jerawat.

Sumber:
https://www.deherba.com

Gambar:
https://essentialnutrition.com.br

 

#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh

“Power Pumping”

Sumber Gambar : http://vienyhocungdung.vn

Mungkin stress di tempat kerja,terlalu busy di pejabat atau tidak sihat akan menyebabkan susu merundum.
Selain makan makanan untuk membantu menambah susu boleh juga cuba “Power Pumping”

Step 1
Pump untuk 20 minit
Pastikan kedua-dua belah payudara kosong

Step 2
Rehat 10 minit

Step 3
Pump 10 minit
Anda mungkin tidak dapat mengeluarkan susu, tetapi dapat merangsang penghasilan susu.

Step 4
Rehat 10 minit

Step 5
Pump 10 minit
Anda mungkin tidak dapat mengeluarkan susu, tetapi dapat merangsang penghasilan susu.

Cuba buat “Power Pumping” sehari sekali untuk 2-3 hari

LEAKING BREAST ?

“Leaking Breast”  atau susu melimpah adalah tanda proses penyusuan berjalan dengan baik. Ia juga dapat membantu mengelakkan payudara menjadi bengkak. Kebiasaanya ia terjadi pada awal penyusuan iaitu beberapa minggu terawal selepas melahirkan bayi atau sehingga  beberapa bulan dan ada yang tidak mengalaminya langsung.

Selalunya ia terjadi di waktu pagi semasa penghasilan susu agak tinggi. Kebocoran di sebelah payudara saja terjadi apabila anda sedang menyusukan bayi. Dan di kedua2 belah payudara pula semasa tidak menyusukan.

3 sebab kenapa LEAKING BREAST

  1. Semasa anda menyusukan bayi
  2. Terdengar bayi anda sedang menangis atau anda sedang terfikir tentang bayi anda
  3. Semasa berada di tempat yang agak suam atau panas.

Susu melimpah mungkin membuatkan anda rasa  tak selesa terutama semasa bekerja atau di luar. Tapi sebenarnya ia adalah tanda badan anda menghasilkan susu yang banyak untuk si kecil .

Cara mengatasi

  1. Kerapkan penyusuan atau pump susu
  2. Gunakan nursing pad
  3. Bawa jaket dan pakai jika mula perasan susu sudah melimpah