1. Tarik nafas hembus nafas perlahan-lahan dalam 3 kali.
2. Bayangkan anda sedang menahan kencing.
Kemutkan otot lantai pelvik.
3. Bernafas seperti biasa, tahan otot selama 5 saat
4. Rehat 10 saat dan ulang semula 10kali
Senaman kegel ialah senaman yang dapat membantu menguatkan otot pelvis termasuk bahagian peranakan, vigina dan pundi kecing.
FUNGSI SENAMAN KEGEL
Membantu masalah membuang air kecil atau terkucil
Meningkatkan kualiti hubungan intim bersama suami
Mengurangkan masalah sengugut
Mengatasi masalah peranakan jatuh
Membantu masalah kentut faraj
Hati-hati jangan lakukakan senaman ini semasa anda sedang kencing kerana ia akan melemahkan lagi otot di bahagian faraj dan akan mengalami masalah kencing tidak lawas.
Kentut faraj di anggap memalukan dan akan menganggu hubungan bersama suami.
Jadi apa sebenarnya ketut faraj ni?
Kentut faraj TAK MERBAHAYA dan ia adalah NORMAL.
Ia adalah disebabkan udara yang masuk terperangkap ke dalam faraj dan di bebaskan keluar.
Ia berbunyi seakan kentut tetapi tidak ada bau.
Faraj kita adalah otot yang elastic dan fleksibel di mana ia boleh mengembang dan mengecut.
Inilah yang menyebabkan kentut atau angin keluar daripada faraj.
SEBAB-SEBAB KENTUT FARAJ 1. Posisi semasa hubungan seksual yang tidak betul
Memasukkan sesuatu ke dalam faraj
Bersenam
Mengandung ataumenopause
Pernah melahirkan anak
Batuk yang kuat
CARA MENGATASI KENTUT FARAJ 1. Amalkan senamankegel untuk menguatkan otot faraj
2.Ubah posisi semasa hubungan bersama suami atau semasa bersenam.
Sila berjumpa dengan doctor jika anda mengalami kentut faraj yang berbau atau rasa sakit.
Selalunya selepas memasak telur kita buang saja kulitnya kan.
Tapi sebenarnya kulit telur banyak khasiat. Ia mengandungi 760-800mgs kalsium.
Banyak kegunaan kulit telur daripada kecantikan sehinggalah dapat menyuburkan tanaman.
.
.
1. MASKER MUKA
Hancurkan kulit telur sehingga halus sehingga menjadi serbuk dan bancuhkan dengan putih telur. Sapukan di muka dan biarkan kering. Kemudian bilas.
Ia dapat menengangkan kulit dan sebagai anti – kedut.
.
2. RAWATAN UNTUK KULIT IRITASI/GATAL
Rendamkan kulit telur di dalam Cuka Epal (Apple Cider Vinegar) untuk beberapa hari. Tekapkan campuran ke kawasan kulit yang iritasi / gatal.
.
3. BAHAN PEMBERSIH YANG BERKUASA
Hancurkan kulit telur dan campurkan dengan sabun pencuci.
Basuh pada periuk dan kuali yang mempunyai kesan degil.
.
4. MENYUBURKAN TANAMAN
Kulit telur mengandungi kalsium dan mineral lain yang dapat membantu menyuburkan tanaman.
Hancurkan kulit telur dan taburkan di dalam lubang sebelum menanan pokok. Kemudian taburkan juga di keliling pokok.
.
.
Pastikan kulit telur di cuci bersih dan bebas bakteria.
Sekiranya anda tidak membasuh telur dengan teliti sebelum menggunakan, bakar kulit telur di dalam oven kira-kira 10 minit dengan kepanasan pada 150 darjah Fahrenheit.
Betul ke jangka hayat pad kain boleh tahan dan di pakai lebih daripada 5 tahun?
Ramai yang agak terkejut bila dapat tahu pad kain boleh di pakai basuh selama 5 tahun atau lebih kalau di jaga betul.
Sama juga macam baju kita, kalau kita pandai jaga mesti la boleh bertahan lama kan.
.
.
.
Antara tips penjagaan pad kain adalah semasa mencuci dan menjemur.
1. PELEMBUT KAIN
Jangan gunakan pelembut kain atau softener kerana ia akan menyebabkan pad kain kurang menyerap dan mungkin juga boleh menjadi salah satu sebab anda akan dapat rashers.
.
2. PELUNTUR
Jangan guna peluntur kerana akan menghakis fabrik dan jangka hayat pad kain akan menjadi pendek
.
3. AIR PANAS
Bilas & cuci Pad Kain dengan menggunakan air paip biasa dan elakkan menggunakan air panas. Air panas akan menyebabkan darah susah untuk di cuci.
.
4. SABUN
Kurangkan sabun masa membasuh. Ramai yang gunakan sabun yang berlebihan daripada sepatutnya. Menggunakan lebih sabun tak bermakna ia semakin bersih. Sabun berlebihan akan melekat di fabrik dan menyebabkan pad kain kurang menyerap dan memendekkan jangka hayat pad kain.
.
5. JEMUR DI BAWAH MATAHARI
Jemur di bawah matahari adalah baik berbanding dengan menggunakan dryer.
Matahari juga berfungsi sebagai ejen peluntur semulajadi yang dapat menghilangkan “stain” pada pad kain.
Setiap wanita nak kan rambut yang lebat, hitam dan berkilau.
Tapi ramai yang mengalami masalah rambut gugur.
Antara sebab-sebab yang menjadi punca rambut tidak sihat dan gugur ialah :
1. faktor usia
2. Pemakanan yang tidak sihat dan kekurangan vitamin, mineral dan protin
3. Sistem imun yang lemah
4. Hormon tidak seimbang
5. Penggunaan produk penjagaan rambut yangtidak betul
6. Stress
7. Kekurangan berat badan yang mengejut
8. PCOS
.
.
.
DAUN KARI PELEBAT RAMBUT NATURAL
Bahan-bahan
– Segenggam daun kari segar
– 1/2 cawan minyak kelapa
1. Masukkan daun kari ke dalam minyak kelapa dan panaskan sehingga daun membentuk sisa hitam. Berhati-hatilah semasa berbuat demikian kerana daun boleh meletup-letup.
2. Selepas daun menjadi hitam tutupkan api. Biarkan ia sejuk dan tapiskan minyak.
3. Sapukan minyak ke kulit kepala dan rambut dan urut kulit kepala selama beberapa minit.
4. Biarkan selama sejam dan bilas rambut anda seperti biasa.
Ulang 2 kali seminggu dan lihat hasilnya.
.
.
Daun kari menggalakkan pertumbuhan rambut dan mengelakkan rambut beruban. Ia kaya dengan fosforus, besi, kalsium, vitamin A, dan vitamin C
Selamat mencuba.
Pucuk daun kari juga sedap di buat ulam dan banyak khasiatnya.