NAIK TANGGA HILANG KAN SELULIT!


Cara yang paling utama nak hilangkan selulit ialah dengan hilangkan toksin daripada tubuh

Tahu tak dengan menggunakan krim atau apa-apa yang mengandungi bahan kimia seperti steroid akan menipis kan kulit anda dan masalah selulit akan menjadi lebih teruk.

Jadi cuba lebih banyak bergerak seperti menggunakan tangga, dapat membakar lemak-lemak dan toksin dalam badan. Bila anda naik dan turun tangga juga dapat merangsang peredaran darah.

Bila toksin dan lemak dah berkurang selulit pun akan hilang dan kulit lebih tegang .

Naik  tangga selama 7 minit sehari boleh mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 10 tahun

Wah jom kita start naik tangga, tak perlu dah nakpergi ke gim lagi kan

WhatsApp Klik : http://sweetncozy.wasap.my

#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh

JOM KITA “DIY” PELEMBUT KAIN

 
Hari tu kita dah tau kan kenapa Pelembut Kain tak bagus.
 
Jadi ada tak cara lain kita nak kain basuhan jadi lembut dan gebu terutamanya tuala.
EPSON SALT & Essential Oil
Letakk pada nisbah 10 titis Essential Oil (Bau ikut kegemaran) pada 1 cawan Epson Salt.
 
Letakkan 1/4 sudu pada 1 basuhan. Letak sekali dengan sabun basuh.
 
 
Macam senang aja kan.
Nampak senang dan selamat.
 
WhatsApp Klik : http://sweetncozy.wasap.my
 
#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh

Bawang Merah bukan untuk masak je tau.

 
Bawang merah juga di percayai boleh membantu mengurangkan jeragat.
 
Bior betul ni!
 
Jadi sambil mommies potong-potong bawang nak masak tu boleh la tepek kat muka sekali kan.
 
Potong bawang kepada dua bahagian.
Ambil satu keping dan gosok terus ke kawasan yang ada jeragat
 
Boleh jua sagat bawang, perah jus nya dan sapu ke kulit yang berjeragat.
 
Biarkan kira-kira 10 minit, selepas itu boleh mencuci dengan air.
 
Boleh buat 2 kali sehari, buat setiap hari secara konsisten.
 
Kenapa Bawang Merah?
Bawang kaya dengan vitamin C, antioksidan yang dapat digunakan untuk merawat pigmentasi
 
 
#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh

Bayi pun perlukan urut badan


Antara kebaikan mengurut bayi ialah :

1. Dapat mengeratkan ikatan antara bayi dan ibu bapa
2. Mengurangkan stress dan melegakan otot serta dapat merangsang pertumbuhan bayi
3. Merangsang pertumbuhan saraf bayi dengan meningkatkan kemahiran motor bayi
4. Membantu bayi tidur dengan lebih lena. Tidur yang lena dapat meningkatkan sistem imun bayi
5. Bayi Pra-matang menunjukkan perkembangan motor dan dapat menambah berat badan dengan cepat selepas di urut dengan konsisten.
6. Dengan mengurut dapat meningkatkan peredaran darah dan dapat membantu mengatasi ketidakselesaan yang disebabkan oleh gas , kesesakan, dan gigi.

Masa yang terbaik untuk mengurut bayi ialah semasa bayi tidak terlalu lapar atau tidak terlalu kenyang.

Bukan mommies je yang kena berurut ya. Bayi juga nak urut tau

#SweetnCozy
#PadKain
#ClothPad
#PadKainModen
#PadKainWanita
#PeriodPanty
#TipsQoutes

http://sweetncozy.wasap.my

 

 

Kenapa jemur di bawah matahari lebih baik

Sekarang dah ada banyak dobi layan diri dan kita boleh basuh dan keringkan baju terus. Kerja jadi senang dan cepat tak perlu tunggu kain di jemuran lagi. Tak ada la terlari2 kejar kain bila “hari dah hujan angkat jemuran” kan.

Tapi ada baik dan buruknya gunakan “dryer” antaranya baju lebih cepat buruk dan ada yang mengecut.

Photo : http://onedaycart.com

 

5 kelebihan menjemur baju di bawah matahari.

1. Lebih ekonomi.
Cahaya matahari adalah percuma takde kos yang di perlukan

2. Berbau “Fresh”
Matahari adalah sanitizer semula jadi. Baju lebih berbau harum dan segar

3. Ejen Peluntur semulajadi
Kesan degil akan hilang dan meluntur selepas di jemur di bawah matahari. Jika kesan degil agak teruk perlu jemur beberapa hari untuk hilang sepenuhnya

4. Membunuh bakteria
Cahaya matahari juga dapat membunuh bakteria

5. Baju lebih tahan lama
Jangka hayat baju lebih panjang kalau di bandingkan dengan menggunakan dryer.

Psst , kalau kejar baju di jemuran pun dapat bersenam juga kan.

 

Minum air ke minum GULA?

Minum apa pagi ni ?
Kita selalu minum apa yang sedap tapi tak tau sebenarnya air yang kita minum tu terlalu banyak gula.
 
Saya tak minum kopi. Saya minum “jus” saja.
Tau tak? Kebanyakkan jus di dalam kotak di pasaran hanya mengandungi 10% jus saja!
#SweetnCozy
#TipsQoutes
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain

Kenali jenis-jenis hormon wanita

 

Hormon Estrogen

Hormon estrogen ialah horman wanita yang paling utama. Ia berfungsi membentuk organ kewanitaan seperti payudara, sistem reproduksi dan vagina. Ia juga dapat meredakan stress

Hormon estrogen ini selalunya meningkat pada masa haid. Ia membantu melancarkan aliran darah dalam tubuh dan meningkatkan mood . Biasanya wajah jadi lebih bersih, mood menjadi positif, dan meningkatnya semangat serta lebih bertenaga.

Hormon Progesteron

Hormon ini biasanya meningkat beberapa hari selepas haid berakhir dan memuncak pada 1 minggu  sebelum haid. Progesterone membentuk sel endometrium pada dinding rahim sehingga dinding rahim menebal untuk persediaan masa subur & mengandung.

Hormon ini menstabilan tubuh secara menyeluruh, iaitu pembuluh darah,  metabolisme, pembakaran lemak serta gula, dan termasuk otak dan jantung.

Hormon Testosteron

Hormon testosterone adalah hormon lelaki tetapi terdapat juga dalam wanita dalam kuantiti yang sikit. Walaubagaimanapun hormon ini berperanan besar dalam sistem repdoduksi wanita. Hormon ini di hasilkan sebelum haid sehingga  1-2 hari semasa datang haid. Ia sebagai tanda tiada persenyawaan berlaku.

Hormon ini berperan paling besar untuk meningkatkan libido wanita yang biasanya muncul pada hari-hari menjelang haid, juga membantu proses pelepasan  dinding rahim pada awal haid. Hormon ini kerap dianggap lawan dari estrogen, biasanya hormon ini mendorong pembentukan  otot dan penghasilan adrenalin dan membuatkan seseorang lebih kompetitif.

Peningkatan hormon ini kerap disertai penurunan estrogen dan progesteron yang menyebabkan mood swing, nafsu makan meningkat, sakit kepala, dan jerawat.

Sumber:
https://www.deherba.com

Gambar:
https://essentialnutrition.com.br

 

#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh

Carta Kebahagian Kanak-kanak


Happify telah membuat kajian mengenai apa yang membuatkan kanak-kanak sangat bahagia, berikut adalah carta kebahagiaan kanak-kanak

1. Keluarga
2. Kawan-kawan
3. Bermain
4. Bersukan
5. Permainan

Walaupun sekarang ramai kanak-kanak sibuk bermain dengan gadget tapi sebenarnya yang paling utama dalam hidup kanak-kanak ialah ibu bapa dan keluarga.

Luangkah lebih masa pada anak-anak kerana mereka sungguh berharga.

#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh

 

Perangai anak berpunca daripada ibu bapa

anak anda CEMBURU

sebabnya mungkin anda
SELALU SANGAT
MEMBANDING-BANDINGKAN
dengan yang lain

 anak anda cepat MARAH

sebabnya mungkin anda
kurang beri PUJIAN & PERHATIAN.
Mereka hanya dapat perhatian
bila mereka mengamuk

anak anda bersikap melawan

sebabnya mereka belajar
daripada SIKAP ibu bapa

 

Jadilah contoh yang baik pada anak-anak, sayangi dan hargai lah anak-anak kita

Rumah Idaman Kekal Bersih

Setiap orang mesti ada rumah idaman. Tak kisah la sama ada rumah bungalow, teres atau pangsapuri yang penting ada rumah yang bersih dan selesa.
Rumah yang bersih dan selesa akan melahirkan suasana yang positif dan keluarga rasa seronok menghabiskan  masa bersama di rumah.
Kalau rumah kotor & berhabuk pun tak bagus untuk kesihatan.

Tips kekalkan kebersihan di rumah

SETIAP HARI

  • Bersihkan sinki
  • Kemas tempat tidur
  • Basuh pinggan
  • Buang sampah
  • Sapu atau vakum lantai
  • Bersihkan dapur selepas memasak
  • Basuh baju kotor


SETIAP MINGGU

  • Tukar cadar
  • Mop lantai
  • Bersihkan bilik air
  • Bersihkan cermin
  • Vakum sawang
  • Buang makanan yang dah “expired”

 


SETIAP BULAN

  • Bersihkan mesin basuh
  • Lap perabot,lampu & tombol pintu
  • Bersihkan bahagian dalam microwave & Oven
  • Bersihkan kabinet dapur
  • Cuci tong sampah

SETIAP 3-6 BULAN

  • Bersihkan Tingkap
  • Cek expiry date stok di dalam kabinet & peti ais
  • Asingkan pakaian yang hendak di repair dan pakaian yang sudah tidak di pakai untuk di dermakan