
Apakah pelembut kain?
Pelembut kain di gunakan untuk kain menjadi lebih lembut dan rasa licin.
Pada awalnya pelembut kain di buat daripada campuran sabun dan minyak zaiton.
Tapi sekarang pelembutankain di perbuat daripada pelbagai bahan kimia yang merbahaya dan di campur dengan pelbagai jenis wangian.
Sebenarnya pelembut kain bukan saja membuatkan kain rasa lembut tetapi juga menyebabkan kain kurang menyerap dan tidak sesuai di gunakan pada tuala mandi.
Apa yang terdapat di dalam pelembut kain.
1. Sebatian Quaternary ammonium
Ia adalah bahan yang membuatkan baju anda lembut selepas di cuci.
Tapi tahukah anda ia boleh menyebabkan asma dan menjadi toksik kepada sistem kesuburan
Semak label dan elakkan dari membeli produk-produk yang mengandungi distearyldimonium klorida, diethyl ester dimetil ammonium klorida, varian hydroxyethyl methyl ammonium sulfat metil atau surfactant kationik.
2. Wangian
Terdapat lebih daripada 3,000 ramuan wangian dalam produk barangan rumah.
Campuran wangian boleh menyebabkan alahan, kerengsaan kulit seperti dermatitis, kesukaran bernafas dan potensi bahaya kepada sistem kesuburan.
3. Pengawet dan Warna
Istilah “bahan pengawet”, “warna” atau “pewarna” pada label menunjukan ia mengandugi bahan kimia.
Bahan pengawet yang paling bahaya dalam pelembut kain ialah Methylisothiazolinone, dan glutaral, yang dikenali boleh menyebabkan asma dan alahan kulit.
Glutaral (atau glutaraldehyde) juga menjadi toksik kepada hidupan laut.
Warna tiruan, seperti D & C ungu 2 pula telah dikaitkan dengan kanser.
Baju rasa segar selepas keluar dari pengering?
Jangan hidu sebab bau wangi dan segar itu mengandungi bahan kimia
Sebenarnya anda tak perlukan pelembut kain pun.
Jadi kenapa perlu tambah ejen kanser, asma dan akan merosakkan sistem kesuburan kita sendiri.
Dan sebab itu juga lah TAK BOLEH gunakan pelembut kain pada PAD KAIN.
Bukan aja nanti kurang menyerap, tapi lagi mudah badan kita terdedah pada bahan kimia kerana pad kain pakai di bahagian yang “sensitif”
http://sweetncozy.wasap.my
#SweetnCozy
#PadKain
#PadKainModen
#PadKainWanita
#TualaWanitaKain
#TualaWanitaKainBolehBasuh